Hmm.... Nampaknya TSMY hanya lantang diluar, tidak di dalam. Dan kalau betul-betul berprinsip, lepaskanlah jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan parti. Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sah tidak dibenarkan berucap dalam sesi penggulungan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ke-69 pada Sabtu ini.
Beliau mengesahkan perkara itu kepada pemberita selepas ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu negara malam tadi.
“Saya sedih, saya masih tidak diberikan peluang untuk berucap,” katanya.
Muhyiddin juga berkata mulut beliau kini “dikunci”.
Mesyuarat MT Umno hari ini bermesyuarat kira-kira dua jam.
Muhyiddin dengan wajah yang sungul mengulangi kekecewaannya dengan berkata:
"Saya sedih. Hak saya sebagai timbalan presiden hanyalah duduk hingga akhir. Saya tidak tahu apa sebabnya tetapi itulah keputusannya," katanya.
Pada masa sama, Muhyiddin menyatakan bahawa beliau dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal telah merayu tetapi tetap tidak dibenarkan berucap.
"Saya dan Shafie merayu untuk dibenarkan berucap. Tetapi setelah perbincangan dilakukan, nampaknya tetap menghalang saya," katanya.
Mesyuarat menetapkan bahawa hanya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak akan berucap pada sesi penggulungan.
Tiada sidang media diadakan selepas mesyuarat hari ini.
Sebelum ini, Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada kabinet kerana lantang mengkritik pentadbiran perdana menteri, terutamanya dalam isu 1MDB serta kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.
Malah yang terbaru, Muhyiddin dalam acara di Kampung Baru, Kuala Lumpur meminta supaya Najib berehat sementara daripada jawatannya.
Sementara itu, nasib Muhyiddin sama ada akan dikenakan tindakan disiplin juga belum jelas setakat ini.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu diserahkan kepada setiausaha agung parti untuk mengumumkannya.
Jawatankuasa disiplin parti akan menyelesaikan perkara itu, kita serahkan kepada setiausaha agung untuk buat pengumuman,” katanya.
Buat TSMY, eloklah berehat seketika. Buat ulangkaji isu-isu yang beliau bangkitkan. Sedangkan Tun Mahathir sendiri pun sudah mengakui isu-isu yang digunakan untuk menyerang Najib Razak ketika ini lebih kepada anggapan tanpa mempunyai bukti-bukti yang kukuh!
Tan Sri juga perlu ingat, Najib juga berada dalam team yang sama semasa hendak menurunkan Pak Lah tempoh hari..... Jadi, tak usahlah terkejut andai setiap gerakan yang disusun dapat dibaca oleh Najib......
Tapi apa yang berlaku selepas Mesy Khas MT UMNO tadi lebih mengejutkan. Tak sangka pula seorang yang warak seperti Tan Sri boleh berkelakuan demikian. Hihihi..., takpelah..... Tak nak kongsi lagi apa yang berlaku tadi.... Hanya Tan Sri dan pemimpin tersebut yang tahu..... Tambah seorang lagi hamba Allah yang Tan Sri tidak sedar kewujudannya ketika itu.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamApa dosa tsmy dengan umno hingga dihina sebegitu rupa. Mt semua tunggulah nasib anda semua bila keadaan diterbalikkan oleh yg maha berkuasa. Setiap perbuatan ada balasannya.
BalasPadamsindrom cash is king sudah bertapak dlm mt umno.awas pengerakan anda sedang diawasi oleh ahli2 akar umbi umno.hanya masa yg menentukan.
BalasPadamTSYM boleh berehat sebentar...ada aku kisah..lepas PRU 14 Najib dan mt mtnya berehat selamanya...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamYa ke? Jangan takbur wahai penyokong midin.kalau sebelum tu ajal dah menjemput? Insya Allah pemimpin yang ikhlas Allah panjangkan usia.Qada dan qadar Allah.Jangn menjadi pak nujum kita ikutlah perencanaan Allah.kalau dah Allah kata Najib berehat atau terlucut jwatan kita terima sbb kita ini orang Islam yang wajib percaya rukun Iman.tapi midin ni dan penyokongnya mcm tak je.Nauzubillah boleh jatuh murtad nanti
BalasPadam