Petaling Jaya – Beratus-ratus penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang pada Selasa selepas ramai juruterbang AirAsia dilaporkan sakit.
Beberapa penerbangan dibatalkan malah ada yang ditangguhkan hingga memaksa penumpang bermalam di lapangan terbang.
Walaupun kebanyakan penerbangan yang terjejas adalah bagi perjalanan tempatan, penerbangan antarabangsa yang turut dilaporkan dibatalkan adalah untuk ke Lapangan Terbang Don Meuang di Bangkok.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata sekurang-kurangnya 13 juruterbang menghidap selesema.
Jadual penerbangan menjadi kecoh selepas penerbangan terpaksa dijadualkan semula.
Beberapa penumpang diberitahu bahawa penerbangan mereka dipindahkan ke penerbangan lain tetapi kemudiannya dibatalkan.
Sementara itu, rata-rata penumpang yang ditemui melahirkan rasa kecewa dengan kelewatan penerbangan berkenaan.
Seorang ejen insurans yang mahu dikenali sebagai Hafiz, 34, berkata, dia terpaksa menangguhkan pertemuan dengan beberapa pelanggannya di Kota Bharu, Kelantan gara-gara penerbangan ditangguh beberapa kali.
Beliau berkata, dia bersama beberapa rakan sekerja tiba di klia2 sejak jam 10 pagi bagi menaiki pesawat jam 11.25 pagi sebelum dimaklumkan penerbangan terpaksa ditangguhkan ke jam 1.05 tengah hari.
“Sehingga kini (setakat jam 6 petang semalam), saya belum dimaklumkan oleh kakitangan AirAsia bila penerbangan seterusnya,” katanya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....