Nuffnang

MENYAMAR SU KHAS JPM : Penganggur Dipenjara 27 Tahun 78 Sebatan!!!


JOHOR BAHRU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 27 tahun dan 78 sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menyamar sebagai Setiausaha Khas di Jabatan Perdana Menteri dan melakukan 78 penipuan berkaitan projek ternakan serta tanaman, sejak Disember 2013 hingga Februari lalu. 

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias menetapkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Ridzuan Alias, 34, mengaku bersalah atas semua pertuduhan terbabit. Mohd Ridzuan yang mempunyai seorang anak, didakwa menyamar sebagai Setiausaha Khas di Jabatan Perdana Menteri dengan tujuan menipu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Bagi 78 pertuduhan lain, Mohd Ridzuan didakwa memperdaya dua pengurus kanan dua syarikat, di sini, dalam membantu untuk meluluskan projek tanaman ubi kayu dan tapak kolam udang di bawah geran projek Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sehingga membabitkan keseluruhan kerugian bernilai RM535,448. 

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara memasukkan wang mangsa ke dalam akaun Maybank miliknya. Kesalahan terbabit dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum penjara 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan menyamar, Mohd Azlan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan bagi 78 pertuduhan menipu dia dijatuhi hukuman penjara 12 bulan serta satu sebatan bagi setiap pertuduhan itu. Majistret juga memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan, 20 Okt lalu. 

-- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top