Nuffnang

SOSMA : Orang Kanan Tun Mahathir Ditahan Polis!!!


"(Matthias Chang) Baru ditangkap di bawah Akta Sosma di Balai Polis Dang Wangi, Matthias beritahu saya melalui sms," kata Umie Aida.

Peguam kepada bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang kini ditahan polis atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.


Isteri Khairuddin, Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali yang lebih dikenali sebagai Umie Aida berkata, beliau mendapat tahu mengenai penahanan itu melalui mesej pesanan ringkas dihantar oleh bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Umie yang bimbang dengan penangkapan peguam suaminya kini pasrah dengan tindakan pihak berkuasa dan hanya berserah kepada Tuhan.

"Saya hanya mampu berdoa, saya tidak tahu apa nasib abang pada 13 Oktober ini," katanya.

Penahanan Chang turut disahkan peguamnya Mohd Akmal Afiq Mohammad yang datang bersamanya untuk melawat Khairuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 2 petang tadi (semalam).

"Kami melawat anak guam kami 2 petang tadi (semalam), sejurus habis melawat kira-kira jam 2.30, Pegawai Bukit Aman ASP Muniandy menahan Mathias di bawah Sosma mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, sama seperti Khairuddin,” katanya.

Akmal berkata, Chang akan ditahan 24 jam bermula hari ini dan penahanan 28 hari hanya dapat dibuat selepas polis mendapat kelulusan daripada sekurang-kurangnya pegawai polis berpangkat superintenden.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat permohonan menentang penahanan Sosma di mahkamah secepat mungkin.
Share this article

3 Komen:

  1. Baru best........dah puas ronda 2 makan angin dgn laki si umi yang dah muflis tapi cepat dapat bayar hutang duit mana dapat umi? Cer crita kalauntak jadi tukang fitnah jaja cerita mengarut kat negara luar.....shame on you.....merkamtu pengkhianat bangsa ......biar kat dunia kena hukum kat akhirat dan kubur Allah hukum pulak ok.......mcm orang tak ada pegangan agama kerana nak kesenangan dunia yang tak kemana sanggup menfitnah dan mencaci pemimpin dan negara sendiri....orang macm ni beri buaya makan eloknya.......

    BalasPadam
  2. Tangkaplah seberapa ramai yang menentang kamu Mat Najib tapi tunggulah pulak giliran kamu dan kuncu kuncu yg bersekongkol dgn kamu selepas PRU14 nanti !

    BalasPadam
  3. Apalah yg ko orang nak gaduh pasal dia org. Dia org kaya ko org dapat apa. . Sape memerintah ikut demokrasi kita ikut je. Tak payah lebih lebih. Memang betul pun kata pm pasal ko orang ni. Ko org pulak bila pm silap hentam girl gile. Sampai bila. Kita kat bawah ni pikir je mcm mana nak sara family. Kalau masuk lokap bukan ada org politik nak tolong bayar jamin pun. Pakai otak beb

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top