KENA HALAU : Tony Pua Kena "Sekolah" Di Sarawak!!!
Tony Pua dihalau keluar dari Sarawak semalam enam jam selepas dia secara tidak sengaja telah dibenarkan memasuki negeri itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, dia tiba di Sarawak pada jam 9:30 pagi tetapi kemudian ditahan oleh pihak berkuasa Imigresen Sarawak ketika menuju ke Lutong, Miri pada jam 2:00 petang dan pada pukul 4:20 petang diarahkan menaiki pesawat ke Kuala Lumpur.
Tony Pua yang tidak berpuas hati dengan larangan yang dikenakan ke atasnya dan pada masa yang sama, sengaja buat-buat lupa tentang kuasa autonomi Sarawak, cuba mengungkit apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem sebelum ini.
"Adenan memberitahu dalam Sidang Anti Korupsi sebelum ini, hanya rasis dan pelanggar undang-undang yang diharamkan daripada memasuki Sarawak. Jadi, mengapa saya yang tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur perkauman, dilarang daripada memasuki Sarawak," katanya dalam satu teks mesej yang telah diedarkan.
"Saya harap Kerajaan Negeri Sarawak memansuhkan larangan ke atas saya sebagai bukti bahawa larangn tersebut bukanlah satu bentuk pencabulan kuasa bagi memastikan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak terus berkuasa dalam PRN akan datang."
Tony Pua juga memberitahu bahawa tiada alasan yang diberikan kepadanya mengapa dia diminta meninggalkan negeri itu.
BACA LAGI : KLIK SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



dolar as menguat tipis di tengah ketidakpastian gl...

perang israel hamas suatu naskah yang di ulang ula...

jackfruit and what are the dishes or snacks made f...

cancel culture antara keadilan sosial dan pengadil...

ringgit opens higher against greenback after washi...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....