Nuffnang

INI BARU BETUL!!! Papan Tanda Pasar Seni Diarah Dirobohkan!!!


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memberi notis 14 hari kepada pemilik bangunan Pasar Seni agar merobohkan papan tanda yang menjadi kontroversi sejak beberapa hari lalu.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Perskutuan, Mohd Hisammudin Yahya, DBKL akan merobohkan binaan tersebut dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya notis tersebut tidak diendahkan.

Beberapa hari ini ramai yang mempertikaikan tindakan pemilik Pasar Seni memasang papan tanda yang hanya memuatkan bahasa Inggeris dan Mandarin tanpa sebarang perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi syarat utama pemasangan papan tanda.

Antara yang membangkitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang yang juga seorang peguam, Jefree Zain Affendi.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang Jefree Zain Affendi, Pasar Seni adalah identiti, malahan sebahagian daripada institusi sejarah di Kuala Lumpur.


“Apa yang memalit ralat besar adalah apabila saya melihat papan tanda Pasar Seni baru-baru ini. Tiada sepatah kosa kata atau terjemahan Bahasa Melayu langsung pada padan tanda berkenaan.Adakah pengurusan Pasar Seni sengaja meminggirkan Bahasa Kebangsaan?” katanya kepada Agendadaily.

Selain itu, seorang peniaga kafe turut mempersoalkan kewujudan papan tanda ini memandangkan ia bertentangan dengan garis panduan papan tanda dan iklan DBKL.

“Papan tanda kafe saya dalam kawasan DBKL harus mempunyai perkataan bahasa Melayu kecuali nama asal jenama. Pernah ditolak kelulusan kerana perkataan Cafe. Setahu saya Menteri pernah mengarahkan papan tanda di Kuala Lumpur perlu mendapat pengesahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).” – MYKMU.NET
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top