"Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat, jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan.
Barangkali berang dengan tindakan tidak berkesudahan Alvin Tan yang sering menghina agama Islam dan kaum Melayu, Abdul Rani Kulup Abdullah kini menggesa kerajaan menyegerakan prosedur ekstradisi blogger kontroversi berkenaan.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat desakan itu terhadap Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negara.
Dengan langkah itu menurutnya akan membolehkan Alvin segera ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara.
"MJMM akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi, isu Alvin menghina kalimah ALLAH, pada 8 September ini (esok) jam 11:30 pagi," katanya lagi.
Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin oleh beberapa pertubuhan dan individu, namun tiada tindakan diambil terhadap blogger berkenaan yang masih bebas di Amerika Syarikat.
Jalaludin ar Rumi.....semalam aku pandai, lalu aku ingin mengubah dunia......hari ini aku bijaksana dan aku ingin mengubah diriku......
BalasPadam