Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan akan merasmikan Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa ke-16 yang dijadualkan pada 2 hingga 4 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Perkara itu diumumkan kepada kepada media oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM Datuk Seri Mustafar Ali dalam satu sidang media di PICC hari ini.
“Majlis penutupan akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar,” katanya.
Kata Mustafar, persidangan tersebut akan disertai pakar terkemuka dari pelbagai jurusan seluruh dunia termasuk pemimpin tempatan dalam usaha memerangi rasuah dengan anggaran penyertaan 1,000 peserta dari lebih 130 buah negara.
“Kita dipilih sebagai tuan rumah kerana dilihat sebagai sebuah negara komited dalam usaha memerangi rasuah.
“Kita bersama ketua negara, masyarakat, sektor swasta dan lain untuk menangani cabaran yang semakin sofistikated dalam usaha memerangi rasuah,” katanya.
Paul Low sebelum ini menjelaskan kesediaan Malaysia untuk menganjurkan IACC kerana negara mempunyai agenda aktif negara dalam usaha memerangi kegiatan rasuah.
“Malaysia mahu adakan di sini, kerana kita ada agenda aktif untuk kurangkan rasuah, melalui NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) dan GTP (Program Transformasi Kerajaan).
“Kita juga mahu meningkatkan indeks persepsi rasuah pada kedudukan ke-20 tertinggi. Sekarang kita di kedudukan ke-50.
“Inilah rancangannya. Salah satunya menerangkan kepada rakyat dan mendengar pendapat pakar dari seluruh dunia,” katanya ketika ditemu ramah, baru-baru ini.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....