Umum tahu Pelikat Pants diasaskan oleh Afdlin Shauki dua tahun yang lalu. Namun ada segelintir peniaga Melayu yang menciplak kejayaan produk itu dengan tanpa sebarang rasa bersalah.
Berikutan itu, Afdlin meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman Facebook dan menegaskan bahawa beliau akan mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga yang tidak bertanggungjawab itu.
Iyelah, design dia, patern dia, peniaga lain senang-senang nak ciplak dan ambil keuntungan dengan cara mudah. Mana-mana peniaga yang terkena pun sudah tentu tidak puas hati.
Baca luahan Afdlin Shauki di bawah:
Sebenarnya sudah lama saya mahu mengeluarkan notis pemberitahuan ini kerana, perniagaan pelikat pants kami sejak kami mulakan lebih kurang dua tahun lepas kerap diganggu dengan usahawan-usahawan yang nak buat kerja senang dan meniru kejayaan produk orang lain.
Yang sedihnya kebanyakan daripada pengusaha yang dengan penuh rasa tak bersalah ini adalah pengusaha melayu Islam. Syarikat membuat pelikat pants dengan ilham dari Allah SWT ini saya jalankan untuk masa depan anak-anak saya. Supaya di penghujung hayat saya, saya tidak akan berakhir seperti idola saya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, papa kedana.
Dengan wang perniagaan ini juga saya berpeluang untuk membuat kerja-kerja amal membantu mereka yang memerlukan. Saya tak ambil duit kerajaan, saya mulakan perniagaan ini dari kosong. Anda juga boleh melakukannya tanpa mencuri hak intelek orang lain.
Saya ini bodoh tuan-tuan dan puan-puan. Selama ini saya cakap, biarlah-biarlah orang nak buat. Tetapi apa yang saya tak sedar ialah, ini hak yang Allah berikan kepada saya dan saya mesti menjaganya. Kalau anak isteri saya susah nanti, bila saya tak ada, adakah mereka akan datang membantu keluarga saya?
Jadi mulai sekarang, jika masih ada yang menciplak barangan kami, saya akan mengambil tindakan kepada mereka yang mencuri hak intelek syarikat saya dengan bantuan KPDNKK. Inilah notis pemberitahuan.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....