Apabila riuh rendah isu konflik di Low Yatt, penulis tidak pernah menganggap peniaga di situ sebagai seorang cauvinis mahu pun kurang ajar. Tindakan mereka memukul seorang lelaki Melayu kerana disyaki mencuri telefon merupakan tindak balas biasa manusia di Malaysia.
Malah pernah pencuri tabung masjid pun dipukul hampir mati. Kemarahan terhadap pencuri adalah perkara biasa mengatasi batas perkauman walaupun ia bertentangan dengan undang-undang.
Namun jika ditanya siapa cina paling kurang ajar di Malaysia, penulis tidak ragu-ragu akan menyatakan beliau ialah wartawan Malaysiakini, Kow Gah Chie.
Wajarkah seorang wartawan datang ke Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada hari raya pertama dan bertanya soalan seolah-olah beliau seorang yang korup?
Anda datang datang rumah orang pada hari raya dan cuba burukkan tuan rumah? Manusia jenis apa kamu ini? Tiada adab, tiada budi pekerti, malah mungkin menguasai bahasa Melayu pun.
Dalam adab Melayu dan Islam, hari raya adalah hari bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim antara anggota masyarakat.
Sebaliknya kamu datang ke rumah orang pada hari raya dan mengutarakan pelbagai persoalan yang bertujuan memalukan tuan rumah? Kamu lahir di mana? Siapa ibu bapa kamu sampai tidak tahu majlis apa untuk mengutarakan soalan sedemikian.
Kemudian penerbit kamu menyiarkan pula kenyataan-kenyataan kurang ajar terhadap Perdana Menteri pada hari raya kedua. Sekian banyak hari lain mengapa kamu mahu pilih pada hari raya? Isu ini bukan baharu dan telah banyak kali dijawab oleh Perdana Menteri.
Malah Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah pun menubuhkan pasukan khas menyiasat dakwaan tersebut. Jadi apa lagi yang sangat penting kamu mahu tanya Perdana Menteri?
Tidak cukup dengan itu, kamu malukan pula Perdana Menteri dalam portal berita.
Ketika kaum Cina lain menyambut hari raya aidilfitri bersama Perdana Menteri dan rakyat Malaysia lain dan melupakan perbezaan politik, kamu mengambil kesempatan “menyerang” rumah terbuka Perdana Menteri.
Manusia paling kurang ajar dan biadap di Malaysia hari ini tidak lain dan tidak bukan ialah Koh Gah Chie. Anda bukan sahaja memalukan kaum Cina, malah seluruh rakyat Malaysia.
Nasib baik anda di rumah Perdana Menteri. Jika anda ke rumah saya pada hari raya dan menuduh saya mencuri, satu penumbuk mungkin singgah di muka anda walau apa jantina dan bangsa anda.
Kamu dan pasukan editorial kamu sangat memalukan rakyat Malaysia.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....