"Ramai kawan Cina minta saya komen tentang Hudud PAS Kelantan, selepas beberapa hari mengelak, maka hari ini saya umumkan pendapat saya :
Jika para ulama dan ustaz-ustazah PAS terus berpolitik bermodalkan Hudud, maka saya tidak nampak masa depan parti ini."
- SUMBER
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat mengakui kempen bagi pemilihan kali ini lebih kotor apabila wujud unsur serangan peribadi yang keterlaluan berbanding sebelum ini, walaupun peraturan rasmi dirangka mulai tahun ini supaya mematuhi etika dan larangan sepanjang proses itu.
Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, pihaknya mendapati sejak kebelakangan ini banyak risalah yang dikeluarkan bersifat serangan peribadi bagi menjatuhkan calon-calon tertentu, disebarkan di media sosial.
“Macam-macam (cara) tetapi lebih kepada serangan peribadi seperti (calon) tak layan bertanding, parasitlah, untuk ulamalah, rosak akidah, liberal dan ortodoks.
“(Kempen) sebelum ini tak nampak pun. Kalau ada pun kecil-kecil sahaja, tetapi sekarang ini hebat sangatlah, saya pun tak tahu kenapa berlaku macam ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.
Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu berkata, pemilihan Pas pada Jun ini bersih tanpa dicemari dengan sebarang kempen kotor.
Asmuni berkata, Peraturan Pemilihan PAS 2014 dikeluarkan parti untuk digunapakai bagi pemilihan di peringkat kawasan dan negeri berbanding tahun-tahun sebelum ini yang tidak mempunyai peraturan secara rasmi.
"Peraturan ini menetapkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi menghormati kempen atau promosi calon-calon dalam mengadakan pemilihan.
“Kita tidak benarkan perbuatan yang melanggar etika seperti melabel atau memberi gelaran kepada individu dan mengeluarkan poster untuk menjatuhkan maruah calon.
“Sebelum ini sudah ada peraturan cuma kita keluarkannya pada tahun ini sebagai rujukan rasmi berhubung pemilihan,” katanya sambil menambah beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada serangan itu dilakukan oleh anggota parti atau pihak lain.
Ditanya mengenai aduan berkaitan, beliau mengakui banyak yang diterima dan jawatankuasa diminta untuk menyiasat perkara tersebut.
Dalam pada itu, Asmuni turut menyuarakan kebimbangannya mengenai taktik kotor kempen ini hanya akan menyebabkan pelbagai tindakan saman fitnah.
“Ia akan menimbulkan pelbagai saman fitnah, dikemukakan oleh mereka yang terjejas reputasinya kerana kempen fitnah ini terhadap penulis atau penyebar.
“Imej parti akan terjejas kerana kita (PAS) ini adalah parti Islam dan etika Islam itu masih ada. Ini lebih kepada reputasi,” katanya.
Dilaporkan, antara risalah yang disebarkan baru-baru ini adalah mengenai bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa gagal mempertahankan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak disebabkan sekeping risalah yang memburuk-burukkan beliau.
Risalah itu menyatakan sebab-sebab Nizar tidak boleh dipilih untuk memegang jawatan itu. - mStar
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....