
“Ini bukan perkara baharu kita diserang dalam parti, perkara ini dah lama berlaku namun disebabkan kekuatan dan kesepakatan kita masih mampu berdiri teguh,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Isnin.
Hishammuddin mempersoalkan tujuan Dr Mahathir membuat dakwaan tersebut sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga menjelaskannya.
Katanya, Perdana Menteri sudah menjelaskan segala isu berhubung pelbagai perkara termasuk pelaburan dalam 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi Dr Mahathir masih terus mempersoalkannya.
Dr. Mahathir sejak awal bulan ini menggiatkan asakan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam masa yang sama Mahathir meramalkan BN akan kecundang dalam pilihan raya akan datang jika Najib masih menerajui parti itu dan negara ini.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....