Nuffnang

AWASSS!!! Penyalahgunaan Email #AirAsia!!!


AirAsia ingin memberi peringatan kepada masyarakat awam dengan satu lagi emel penipuan yang tersebar secara atas talian yang menjanjikan hadiah wang tunai lumayan menerusi program ‘2015 Mac Program Promosi AirAsia’ dari ‘AirAsia Singapura’.

Emel tersebut menyatakan penerima tersebut telah terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah untuk menerima wang tunai berjumlah RM130,000 dari Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan penerima perlu menghubungi  ‘AirAsia Singapura’ secepat mungkin dengan butir peribadi mereka.

Kami ingin mengesahkan yang ini adalah satu penipuan yang menggunakan jenama AirAsia tanpa kebenaran bagi mengumpan masyarakat awam untuk menyertai skim ini. Kami ingin menasihati masyarakat awam untuk tidak mengambil peduli jemputan seperti ini dan AirAsia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang dakwaan berkenaan skim palsu ini. 

Sebagai syarikat penerbangan yang diketahui umum di Malaysia dan di rantau ini, jenama AirAsia sering di salah guna oleh pihak tidak bertanggunjawab dengan tujuan menipu masyarakat awam. 

Sebagai syarikat penerbangan yang bertanggungjawab, kami telah secara terus-menerus mengemas kini masyarakat mengenai penipuan terkini yang menyalah gunakan jenama kami untuk pendapatan haram dan sekali lagi kami ingin menasihati tetamu kami untuk manjauhkan diri dari sebarang tawaran atau cadangan dari pihak ketiga yang mendakwa mereka mewakili AirAsia. 

Kami tidak pernah menggunakan perkhidmatan pihak ketiga dalam menganjurkan aktiviti kami dan pengumumman rasmi akan dibuat menerusi saluran rasmi dan sumber yang boleh dipercayai seperti media massa  dan saluran media social pada setiap masa.

Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim haram yang menggunakan jenama AirAsia, dan laporan polis telah dibuat mengenai skim ini.

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau ingin melaporkan program yang disyaki satu penipuan menggunakan jenama AirAsia, masyarakat Awam boleh berhubung dengan AirAsia menerusi saluran komunikasi berikut:

Facebook : facebook.com/airasia   
Twitter : twitter.com/airasia
AskAirAsia : airasia.com/ask
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top