Seorang gadis Melayu dari Kelantan nekad ke Syria untuk melayan nafsu seks lima anggota militan Islamic State (IS) serta urusan makan minum dan pakaian mereka atas nama ‘jihad seksual’ hanya kerana yakin dengan janji ‘syurga’ yang diceritakan dalam kelas agama di sebuah universiti tempatan.
Bagaimanapun, dia tekad membatalkan pemergiannya setelah bermimpi diperkosa beramai-ramai anggota militan IS sebaik tiba di Syria.
Demikian kisah yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Melayu yang dipetik oleh portal berita online Free Malaysia Today (FMT).
Tindakan gadis itu membatalkan hasrat berjihad bersama IS di Syria disebabkan mimpinya itu nyata berbaloi, lapor akhbar berkenaan yang memetik klip video temubual gadis terbabit wanita yang disiarkan di laman YouTube. Dalam temubual itu, gadis yang hanya dikenali sebagai Umairah itu mengaku dia memang sudah bertekad untuk ke Syria sekalipun mendapat tentangan hebat daripada ibu bapanya.
“Sehingga ke saat sejurus sebelum itu (mimpi diperkosa beramai-ramai), saya masih bersetuju untuk ke Syria kerana saya mahu masuk syurga.
“Saya memaklumkan hal itu kepada ibu bapa saya dan sudah tentu mereka sangat marah, tetapi saya sudah berjanji untuk berjihad, jadi saya tidak hiraukan larangan mereka.
“Apa yang saya tahu adalah saya mahu pergi ke Syria,” katanya.
“Tetapi pada malam terakhir di Malaysia, saya bermimpi menjadi mangsa rogol beramai-ramai dan ia sangat menyeksakan…hanya Allah yang tahu,” ceritanya lagi.
Selepas dirogol, ibunya muncul menyelimutkan dia dengan kain putih serta meletakkan selendang hitam atasnya, kata Umairah menyambung cerita mimpinya.
Mengimbas ajaran yang diterima dalam kelas agama di universti tempat dia belajar, Umairah mendakwa seorang lelaki telah memmberitahunya bahawa ‘jihad seksual’ adalah satu kaedah baru untuk menghapuskan semua dosa silam untuk masuk syurga.
Dalam kelas itu juga dia diajar untuk membenci kaum kafir (bukan Islam), umat Islam liberal serta umat Islam dari mazhab yang berbeza, selain diberi bahan bacaan tentang jihad dari Syria dan Indonesia yang juga boleh diperolehi melalui internet.
Menyedari bahaya ancaman ajaran sesat IS itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan kertas putih mengenai ancaman IS, di Parlimen minggu lalu, yang seterusnya mencadangkan agar digubal Rang Undang-undang Akta Anti-Keganasan.
-SuaraTV
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....