KEMBALI BERTAUT? Hishamuddin Kembali Guna Khidmat DS Abd Rahim
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bermula 8 Disember ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata Abd Rahim, 57, akan menggantikan Datuk Seri Ismail Ahmad yang bersara.
"Berdasarkan kelayakan, pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti, saya yakin dengan kebolehannya untuk memimpin dan meneruskan kecemerlangan Kementerian Pertahanan dalam menguruskan pertahanan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abd Rahim lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya dan sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada 31 tahun.
Beliau bermula sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983 dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran, pengurusan keselamatan dan hubungan antarabangsa, selepas pernah bertugas sebagai Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Dalam Negeri. - BERNAMA
Dengan perubahan ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia pastinya akan menerima KSU yang baru dan ini masih menjadi tanda tanya sehingga ke saat ini walaupun beberapa nama sedang hangat diperkatakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



world s first tri fold the huawei mate xt ultimate...

what the jalur gemilang truly means to me

mcmc selesai siasat kwong wah sin chew isu jalur g...

5 tips cari kerja remote work from home

trading for living jalan hidup setelah satu dekade...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....