Nuffnang

GERAKAN 25 MELAYU : Memorandum Kepada PM Najib Razak Dan Rakyat Malaysia




25 Bekas Pegawai Tinggi Melayu Tulis Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia

Bagi Menyokong Debat dan Dialog Terbuka berkenaan Perundangan Islam. KAMI rakyat Malaysia yang prihatin, berasa bimbang dan amat kecewa dengan perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini. Perbalahan yang berlangsung sekarang ini tidak memberikan gambaran dan pemahaman yang jelas mengenai kedudukan undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen.Ia juga mencerminkan keruntuhan pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam bidang perundangan sivil mahupun perundangan jenayah.


Kami merujuk secara khusus kepada situasi semasa di mana institusi-institusi agama kelihatan bertindak di luar bidang kuasa mereka, misalnya dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta tidak menepati proses demokratik dan proses konsultatif ‘syura’. Di samping itu, semakin banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhaluan kanan dengan sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak yang berani bersuara sebagai anti-Islam, anti-institusi Beraja dan anti-Melayu. Tindakan mereka itu menyukarkan usaha untuk mengadakan perbincangan dan mencari jalan penyelesaian konflik secara rasional.


Apa yang membimbangkan kami juga ialah penggunaan Akta Hasutan sebagai alat untuk menggertak dan mendiamkan sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza. Perkembangan ini telah menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, melahirkan sikap tidak bertolak-ansur dan ketaksuban serta menggugat keamanan dan kestabilan negara.


Kami sebagai Muslim yang moderat berasa amat bimbang dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan hak golongan transgender berpakaian mengikut identiti mereka. Beliau dalam kenyataannya menyifatkan tindakan komuniti transgender yang memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keesahan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai satu “gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam” dan merupakan satu cubaan untuk “memesongkan akidah umat Islam” di Malaysia.


Beliau juga menyatakan bahawa permohonan Sisters in Islam baru-baru ini berkenaan fatwa mengenai fahaman liberalism dan pluralisme merupakan suatu “tindakan mengheret institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil.” Kenyataan seumpama ini yang mengapi-apikan keadaan daripada seorang menteri (dan ini bukan kali pertama) menunjukkan kepada orang ramai bahawa komitmen perdana menteri memperjuangkan gagasan kesederhanaan (moderation) tidak perlu diambil berat memandangkan menteri Kabinet sendiri sering memperlekehkannya.


Isu-isu yang kami bangkitkan ini sememangnya sukar untuk ditangani memandangkan apa-apa berkaitan bangsa dan agama sering dipolitikkan di negara ini. Kami yakin bahawa perdana menteri memiliki sumber dan kuasa bagi mengetuai proses perundingan untuk membawa pakar dalam pelbagai bidang, termasuk undang-undang Islam dan undang-undang perlembagaan serta semua pihak yang terlibat. Kami merasakan adalah amat penting bagi semua pihak berusaha mencari penyelesaian kepada konflik yang berpanjangan ini yang telah menjejaskan hubungan antara kaum, melunturkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan perlindungan di bawah undang-undang selain menjejaskan kestabilan negara.


Terdapat pelbagai isu penting yang memerlukan perhatian dan kepimpinan perdana menteri serta sokongan semua ahli Kabinet dan rakyat Malaysia. Antaranya:


i). Sistem perundangan plural yang telah sekian lama menimbulkan pelbagai konflik dan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah. Pada hemat kami, terdapat keperluan segera untuk menilai kembali Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. Undang-undang berkenaan yang mengkanunkan pelbagai “dosa peribadi” sebagai jenayah telah membawa kepada kekeliruan dan percanggahan dari aspek substantif serta pelaksanaan. Undang-undang ini bercanggah dengan prinsip perundangan Islam dan melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi rakyat. Pada tahun 1999, Kabinet telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk menilai semula Undang-undang Jenayah Syariah.


Walaubagaimanapun, sehingga kini undang-undang tersebut masih dikuatkuasakan dan telah menyebabkan banyak berlakunya ketidakadilan, membawa kepada kemarahan orang ramai, perbalahan tentang bidang kuasa dan hak menuntut semakan kehakiman, dakwaan penyalahgunaan kuasa, diskriminasi gender serta kematian dan kecederaan yang berpunca daripada serbuan terhadap kesalahan akhlak (moral policing). Ini menghakis kredibiliti, proses penggubalan undang-undang, serta keyakinan orang ramai terhadap keadilan di bawah undang-undang Islam.


ii). Kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk pemimpin tertinggi, terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta prosedur legislatif. Semua Akta, Enakmen dan undang-undang kecil, termasuk fatwa, adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan terbuka untuk disemak oleh badan kehakiman.


iii). Perlunya memastikan hak rakyat membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini. Perundangan Islam di Malaysia digubal oleh badan eksekutif dan dilulus oleh badan perundangan. Sumber undang-undang Islam termasuklah yang suci seperti Al-Qur’an dan sunnah, serta usaha manusia seperti fiqah dan adat.Proses penggubalan undang-undang ini melibatkan kebijaksanaan dan keputusan oleh manusia biasa. Maka ia terbuka untuk dibahaskan supaya matlamat keadilan dapat ditegakkan.


iv). Perlunya mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu feqah. Ini termasuk kaedah-kaedah perundangan yang memungkinkan reformasi berlaku dan prinsip kesaksamaan dan keadilan ditegakkan, seiring dengan perubahan kini, khususnya dalam aspek tuntutan, peranan dan kedudukan wanita dalam keluarga dan masyarakat.


v). Perlunya perdana menteri menekankan kepimpinannya disamping melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini, ke arah memastikan keadilan. Kami secara khusus menggesa agar pentadbiran perdana menteri menjelaskan bahawa perbahasan secara rasional dan ilmiah tentang undang-undang Islam di Malaysia bukanlah satu penghinaan terhadap Islam dan pihak berkuasa agama di negara ini. Isu-isu ini mungkin dianggap rumit tetapi apa yang ingin ditekankan ialah, kami sebagai Muslim berpegang bahawa undang-undang Islam, lebih daripada undang-undang sivil, perlu mencapai standard tertinggi dalam hal keadilan kerana ia berdasarkan hukum Allah.


Lantaran itu, mana-mana pihak yang bertindak atas nama Islam menerusi pentadbiran undang-undang Islam perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan keadilan bukan sahaja dilaksanakan bahkan dilihat ia ditegakkan. Semasa Islam diwahyukan kepada Rasulullah SAW pada abad ke-7 di tanah Arab, ia merupakan sesuatu yang amat revolusional dan progresif. Zaman-berzaman, agama ini menjadi panduan kepada umat Islam meredah cabaran dan rintangan yang pelbagai.


Sesungguhnya kami yakin dan percaya bahawa bagi memastikan Islam terus kekal relevan dan universal pada zaman sekarang, maka pemahaman, pengkanunan dan pelaksanaan ajaran Islam perlulah berkembang seiring dengan peredaran masa. Hanya dengan cara inilah keadilan, seperti yang dituntut oleh Allah SWT, dapat disempurnakan.

Yang Benar,

1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Bin Haji Din, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri.
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.
3. Tan Sri Dr Aris Othman, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, bekas Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan.
5. Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
6. Tan Sri Dato' Dr Mustaffa Babjee, bekas Ketua Pengarah, Perkhidmatan Veterinar.
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, Pakar Bedah Kardiotorasik dan Pengasas, Institut Jantung Negara.
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan.
10. Datuk Abdul Kadir bin Mohd Deen, bekas Duta.
11. Datuk Anwar Fazal, bekas Penasihat Kanan Serantau, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, bekas Duta.
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd  Hussein, bekas Duta.
14. Datuk Faridah Khalid, wakil Suara Wanita.
15. Datuk Latifah Merican Cheong, bekas Penolong Gabenor, Bank Negara.16. Lt. Jen (B) Datuk Maulob Maamin, bekas Leftenan Jeneral ATM.
17. Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta.
18. Datuk Ranita Hussein, bekas Pesuruhjaya Suhakam.
19. Datuk Redzuan Kushairi, bekas Duta.
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, bekas Duta.
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, bekas Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
23. Datuk Zainuddin Bahari, bekas Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
24. Datin Halimah Mohd Said, bekas Pensyarah, Universiti Malaya dan Presiden, Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE).
25. Puan Hendon Mohamad, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia

●●● Apa pandangan rakyat Malaysia yang lain? Setujukah korang dengan pandangan ini? Pandangan anda dialu-alukan.....
Share this article

2 Komen:

  1. Kepada 25 ekor berok2 di atas.....FUCK OFF!

    BalasPadam
  2. 1.25 orang ini mengepalai angkatan dan kumpulan tidak berdaftar yang berselindung belakang tabir Wong chun wai ,mengistihar perang proxy keatas orang Melayu Islam.
    2.Setiap hari akhbar Star mengkipas angin hasutan dan nama namapengikut nya di siar kan di Akbar STAR melalui cetakkan sms,dan gambar wajah moderation crusaders.voices in moderation....
    3.Siapa yang provokasi di sini.?
    Adakah Wong dan Ah Jib dan Saifudin GMM se barisan hendak bangkitkan extreme moderation ?
    Ah Jib--kamu buat silap langkah politik sangat terbesar.

    4.Tun Dor buka semua pintu.
    5.Clueless bapak moderation,bagi master key dan kunci duplikate kapada tongkang turun.
    Clueless Bapak Moderation, dan beri ucapan merata dunia dan PBB agar ikut clueless moderationnak bawak moderation ke ASEAN ?Belum di umum ketua Asean, dah sendiri ishtihar ,tak tunggu keresmian,Tak sabar nak jadi jaguh moderation.... .
    Konon nya moderation akan padam kan semua masaalah.
    Ucapan di PBB ada 6 kerat aja yang dengar.
    Ayam sambung, ayam didik Saiffudin jadi GMM CEO,NGO yang dapat sokongan penuh Ah Pek tongkang turun Wong chun wai yang sangat sangat amat berdendam dengan bangsa Melayu dan Islam..dulu,ketika Wong ziarah Jerusalem,semua ulasan dan huraian ,tidak satu titik sentuh kezalilaman Zionis terhadap warga Islam Baitul Maqdis.
    6.Akhbar STAR tuju kan crusade haluan moderation kapada cina cristian English spikers sahaja .memberi gambaran bahawa STAR MODERATES dan ENGLISH SPIKERS mendapat restu sokongan padu pihak CLUELESS.
    7.MCA lantang menjagohi MODERATION konon.Jelas MCA parti rasis dan chauvinis,opportunis,tiada prinsip,tikam belakang.
    Saya kata kapada mereka semua:

    25,kumpulan baru ala 25, GMM Moderates,Wong,STAR,MCA:--- KAMU adalah extremist yang macam pisang.kulit kuning,isi putih.
    Saya kutup kamu semua dan kumpulan kumpulan ikutan suara suara sumbang voices in isolation,konon nya moderation, yang di siar besar besaran olih Akhbar Star.,dan mendapat tajaan STAR dan liberal moderates dan JUGA kapada AH JIB CLUELESS.
    CLUELESS adalah anglophile terulong sekali dalam kumpulan crusade moderate ,di apit olih Wong danTan Sri PHeng,sahabat perniagaan baik kerabat negeri CLUELESS.
    Dengan latar belakang macam ini, sudah tentu 25 orang pisang dapat sokongan dari a.kaum tongkang turun.b. Englis spiker kelab c. cukong tan sri yang pengerak sekolah vernakular kuantan.
    Ah Jib Gor sudah clueless,lagi bangang moderate,pengemis undi mereka..
    Tarikh luput AH JIB pada bulan Mac 2013.
    Reseb BNM sudah turun kapada kurang 394billionRM,.
    Ah Jib clueless rasa dia hebat lagi.
    .
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top