

Dalam perkembangan terkini, akhbar Indonesia melaporkan pesawat tersebut terhempas di perairan Belitung Timur, di pantai timur Sumatra, selepas pihak berkuasa mengesahkan pesawat AirAsia QZ8501 hilang pagi ini.
Portal berita Bangka Pos melaporkan tiada pengesahan dapat dibuat berhubung lokasi ia terhempas.
"Pak Danlanud menghubungi Bapak Basuri mengatakan pesawat Airbus terhempas di perairan Beltim," portal itu memetik Yuhinu, pegawai tentera kepada ketua pihak berkuasa tempatan Basuri T Purnama.
Beltim ialah singkatan untuk Belitung Timur.
Penerbangan dengan 155 penumpang itu meninggalkan Surabaya pada 5.20 pagi waktu Indonesia dan dijadualkan mendarat di Singapura jam 8.30 pagi waktu Singapura.
Kedudukan Indonesia Barat ialah satu jam di belakang Malaysia dan Singapura.
Bangka Post berkata, pihak berkuasa menerima maklumat yang lokasinya di pantai Babel, tetapi tempat yang tepat masih tidak diketahui.
"Kami masih menyelaras dan mengumpul maklumat daripada nelayan dan kapal yang melalui pantai BelTim," kata AKP Yanto ketika dihubungi Bangka Pos.
Maklumat tersebut diterima selepas pengumuman yang penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara Jakarta pada jam 7.34 pagi.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....