Nuffnang

WARKAH TERAKHIR? ANWAR PASTI DIA KE PENJARA?



Karier politik Anwar Ibrahim mungkin akan tamat sepenuhnya jika beliau disabitkan bersalah hari ini. Nokhtah!!! Sebab itu Bang Non mengedarkan email kepada penyokong-penyokongnya sebagai "rayuan" terakhir dalam usaha menghasut rakyat.



Berikut adalah 'Warkah Akhir Untuk Saudara' dari Anwar Ibrahim..


Saudaraku, 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi. 


Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihatan amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara. 


Esok (hari ini) juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua. Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita. 


Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini. 


Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian. Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan. 


Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia ditangan kamu semua. Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa. 


Kamu penentu masa depan negara. Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua. 


Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini. 


Kita jumpa esok (hari ini) di Istana Kehakiman, Putrajaya. 

Reformasi! Allahuakbar! 

Sekian,

Anwar Ibrahim.
Bukit Segambut,
3 Nov 2014 . 2145hrs


Huh.....eloklah kalau dah sedar dan akui kesalahan. Kerana kaulah negara huru-hara. Agama diperdagangkan, bangsa dipermainkan.......

Gunakanlah masa yang ada di "dalam" untuk muhasabah diri dan bertaubat....
Share this article

2 Komen:

  1. Aaminn..Ya ALLAH kepada engkau sahaja kami menadah tangan untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan. Manusia yang bertopeng telah melakukan perbuatan terkutuk gara-gara liberalisme..Dah terserlah dimahkamah oleh peguamnya sendiri bahawa telah berlaku perbuatan meliwat tetapi masih tidak mengaku. Selamatkan umat melayu dan ISLAM agar menghindari dari perbuatan terkutuk ini.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top