Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16
-
Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi
dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat
pad...
BACALAH!!! SELOKA 20 SEN BILA HARGA MINYAK NAIK...
PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN SAJA
Minyak naik 20 sen saja,
Tapi rakyat hidup menderita,
Nak jimatkan duit di mana,
Kalau barang semuanya naik belaka.
Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kerajaan jangan lupa,
Elaun menteri kena potong juga,
Barulah adil sama-sama.
Minyak naik 20 sen saja,
Tetap kena bayar juga,
Walaupun belanjawan belum tiba,
Tak semena-mena naik tak diduga.
Minyak naik 20 sen saja,
Kata menteri tahun ini tak naik la..
Ini dikira tipu rakyat jelata,
Rakyat didahulukan kena slogannya.
Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kehidupan kena terus juga,
Takkan nak makan batu pula,
Segala belanja kena jimat sentiasa.
Minyak naik 20 sen saja,
Rakyat kenalah perlu biasa,
Jika nak membantah siapalah kita,
Tetap mencari rezeki untuk keluarga.
Minyak naik 20 sen saja,
Tapi banyak juga jika dikira,
Itu dihitung 1 liter cuma,
Jika 10 liter berapa jadinya.
Minyak naik 20 sen saja,
Makan dan minum kena jaga,
Jangan mewah dengan harta,
Lama-lama boleh kurang juga.
Minyak naik 20 sen saja,
Berdoa pada Yang Maha Berkuasa,
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa,
Agar diberkati dan dirahmati hendakNya.
Satu lagi komen dari Ustaz Kazim Elias untuk para pemimpin yang "sedang berkuasa" fikirkan....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Depa ni lupa apa rakyat buat kat Pak Lah Al-Tiduri bila harga minyak naik mendadak. Nampak gaya time Ah Gib Gor has come......tu lah dok degaq kat punaisihat dia tu apasal......tak pasai-pasai Ah Gib Gor kena ikut jejak Pak Lah Al-Tiduri......
BalasPadam