Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah membuat satu kejutan dengan memberi satu kemeja T "Malaysian Heroes" kepada seorang pengguna Twitter setelah pengguna itu menjawab satu kuiz yang diajukan oleh Khairy melalui Twitter sempena Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dengan jawapan yang unik.
Khairy bertanyakan soalan "Di manakah Venue Sukan Komanwel pada tahun 2010". Rata-rata pengguna Twitter menjawab Delhi, India sebagai jawapan kepada soalan tersebut.
Tetapi satu jawapan yang mengejutkan dari seorang wanita yang menggunakan nama Twitter "ratu selfie" telah menarik minat Khairy untuk menghadiahkan baju kepada wanita berkenaan. Jawapan wanita berkenaan berbunyi "Di dalam hati kita berdua".
Ekoran dari jawapan tersebut, wanita bertuah berkenaan dihadiahkan satu baju "Malaysian Heroes".
rasa-rasanya dia jual cendol kat jalan TAR.aritu ada nampak
BalasPadamhahaha..jawapan sempoi je dia bagi..
BalasPadamCun la..untung dapat perhatian dari KJ
BalasPadam