Rosak...rosak....
Janganlah kerana nak menghalalkan cara, hadis Nabi SAW digunakan sesuka hati. Ini dah kira memalsukan hadis beb!!! Azab seksaan untuk golongan ini.
Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”.
Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).
- Hadis ini menunjukkan digalakkan berdiri apabila ada jenazah melintasi kita, samada jenazah itu Muslim ataupun kafir. Cuma ada pendapat ulama yang mengatakan ia mansukh.
- Illah berdiri ketika jenazah bukan Islam melintasi, ialah seperti berikut:
a) kerana ia satu jiwa yang diciptakan Allah (sebagaimana di dalam hadis di atas)
b) kerana merasai kegerunan terhadap kematian. Dalilnya: Jabir bin Abdillah melaporkan: Kami dilintasi oleh satu jenazah, lalu Rasulullah SAW berdiri, dan kami berdiri bersamanya. Aku berkata: “Wahai Rasulallah, Ia hanyalah jenazah Yahudi”. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya bagi kematian itu ada kegerunan. Maka apabila kamu melihat jenazah, berdirilah”.
Direkod oleh Ahmad (no: 1992) Dinilai Sahih oleh Ibn Hibban (no: 3050)
c) Menghormati Malaikat. Berdasarkan hadis Anas bin Malik, katanya: Satu jenazah melintasi Rasulullah SAW, lalu baginda berdiri. Diberitahu padanya: “Itu jenazah Yahudi”. Baginda bersabda: “Sesungguhnya kita hanya berdiri untuk malaikat”. Direkod oleh Nasai (no: 1929).
Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: Nabi SAW ditanya: “Apabila jenazah kafir melalui kita, adakah kita berdiri?” Jawab baginda: “Ya, berdirilah. Sesungguhnya kamu bukan berdiri untuk jenazah itu, tetapi berdiri kerana membesarkan yang mencabut roh-roh”.
Direkod oleh Ahmad (no: 6573), dinilai sahih oleh Hakim (no: 1320), dan Ibn Hibban (no: 3053).
Wallahu A’lam.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....