Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengadakan pertemuan dengan 23 pekerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Pengerusi Biro Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud berkata pertemuan tersebut dilakukan atas dasar prihatin terhadap nasib kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu.
Dazma berkata pekerja PHSB yang menerima nasib malang itu meminta kerjasama Pemuda UMNO untuk membantu mendapatkan hak mereka.
Okey bab ini boleh penulis bagi kredit sedikit kat Pemuda Umno, tetapi jangan lupa, ada lebih ramai lagi di luar sana yang masih terkapai-kapai mencari pekerjaan.
Bukan sedikit beb!!
Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di negara ini mencatatkan 3.3 peratus pada Mei 2013 berbanding 3.0 peratus pada April. Jumlah mereka yang menganggur meningkat 8.9 peratus atau 35,800 orang pada Mei, manakala bilangan yang bekerja menyusut seramai 80,000 (0.6 peratus) pada bulan sebelumnya.
Butiran Lanjut : KLIK SINI
Dan tanpa mengambilkira jenis atau kategori penganggur yang lain, bilangan lepasan ijazah sahaja yang masih menganggur mencapai sehingga 75,800 orang pada tahun 2012.
Bukan menidakkan kumpulan-kumpulan lain, namun yang pasti kumpulan lepasan ijazah inilah yang akan bertindak sebagai "PENCETUS" kebangkitan golongan penganggur kerana ruang dan peluang pekerjaan yang "TERHAD" dan terbatas.
Itu tidak pula diambil kira yang menjadi ahli UMNO atau terlibat secara aktif dalam Pemuda UMNO.
Golongan inilah yang sepatutnya diberi keutamaan dalam isu-isu peluang pekerjaan oleh Pemuda UMNO.
Jangan hanya menunggu ruang dan peluang sahaja untuk "menonjolkan" kehebatan dan "Buat Kerja.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....