Perkasa mendesak pihak JAKIM segera menyiasat terhadap dakwaan Kassim Ahmad yang mempersoalkan bagaimana masyarakat islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad, rambut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.
Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, Kassim Ahmad bukannya cendekiawan yang mendalami ilmu Islam.
“Perkasa mendesak Jakim menyiasat segera dengan mengambil bukti dan keterangan daripada mereka yang hadiri seminar Pemikiran Kassim Ahmad Di Yayasan Perdana, Putrajaya semalam,”
Beliau percaya pasti ada rakaman yang dibuat sepanjang seminar berlangsung.
“Jika benar beliau berkata demikian,ia satu keceluparan yang dasyhat dan wajar beliau diambil tindakan kerana menghina Islam (menghina Allah). mencabar Majlis Raja-Raja serta kesannya boleh megelirukan kefahaman terhadap islam,” katanya.
Serentak dengan itu Ibrahim juga mahu Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dakwaan ini dan bertindak segera.
- SUMBER
Yang ni mungkin kerajaan akan cepat sikit bertindak.... Tentunya tanpa rasa takut, sebabnya ialah si mangkok hayon ni adalah seorang melayu....
BalasPadam