KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah kini berehat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dan keadaan baginda dilaporkan sihat.
"Tuanku Sultan Pahang sihat walafiat, Tuanku istirehat (di sana) sebab rekod perubatan Tuanku ada di IJN," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini.
Kesihatan Sultan Ahmad Shah menjadi tanda-tanya berikutan penyebaran sekeping gambar baginda ketika sedang mendapatkan rawatan di IJN disebarkan di laman-laman sosial seperti Facebook sejak Jumaat lepas.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....