PANJANG UMUR : Pemandu Lotus Terselamat Nahas Jalan Raya!!!
MUAR - Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki Singapura terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.
Dalam kemalangan kira-kira 1 petang itu, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Singapura menuju ke utara apabila terbabas ke kanan dan melanggar bukit di tepi lebuh raya.
Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.
Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.
Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



wall street memastikan rumah putih tetap terkawal

kanada menunggu keputusan pilihan raya tinjauan us...

apa agenda mereka mengapa ktm perlu ditukar tetapi...

from stress to success ptti rewards spm legends in...

perkasakan ekonomi melayu harus jdi keutgamaan ber...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
memandu di bumi Malaysia jangan nak berlagak...
BalasPadamSekali sekala nak juga rasa power kereta kat highway,bukan nak berlagak.Tak payah la nak kutuk pemandu Singapore,kita ni manusia kan?
BalasPadam