
APA DAH JADI? 100 Mat Rempit SERANG Balai Polis!!!
Ipoh: Lebih 100 mat rempit mengepung Balai Polis Pasir Puteh di sini, sebelum memecahkan cermin sebuah kereta di kawasan letak kereta balai berkenaan hingga memaksa siren dibunyikan bagi menyuraikan kumpulan samseng jalan raya itu.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi kelmarin, kumpulan mat rempit itu dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas motosikal rakan mereka terbabit kemalangan dengan PERODUA Myvi di Taman Mutiara, di sini.

Sumber berkata, sebelum serangan itu, seorang lelaki menaiki kereta PERODUA Myvi memasuki kawasan balai polis dan berlari menuju ke arah dua anggota polis yang bertugas di pejabat pertanyaan di balai itu.
“Beberapa minit kemudian, seorang lelaki lain turut memasuki kawasan balai sebelum bertindak menghentak cermin kereta PERODUA Myvi itu menggunakan topi keledar hingga pecah.
“Pada masa sama, sekumpulan 100 motosikal dinaiki mat rempit berhimpun memenuhi jalan besar Pasir Puteh dan pekarangan kawasan balai polis berkenaan. (SUMBER)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



dododots lancar koleksi istimewa powerpuff girls

dolar as menguat tipis di tengah ketidakpastian gl...

insurance binders a temporary coverage solution

the pros and cons of different mortgage year terms...

lebai terus memperbodohkan walaun

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....