KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun ditemui mati lemas di dalam baldi yang penuh berisi air di rumahnya di Taman Koperasi PKINK.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistan Komisioner Azham Othman berkata Soffiyah Mustaffa ditemui oleh abangnya di dalam baldi itu pada pukul 12.15 tengah hari.
Ibu mangsa kemudiannya membawa kanak-kanaka itu ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.
“Doktor bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media.
Keluarga mangsa yang berada di bilik mayat hospital itu bagaimanapun enggan menemui wakil media. – Bernama
Anak kecil bawah 2 tahun jgn dibiar sendirian di mana sahaja, pelbagai kemalangan boleh berlaku. Similar incident happened in my neighbourhood years ago, luckily the child survived.
BalasPadam