Bukan sedikit orang yang mencemburui Khairy Jamaluddin, tetapi tidak bermakna pula kurang bilangan yang mengagumi beliau. Jawatan Menteri Belia dan Sukan sepadan dengan perwatakan serta umurnya yang merupakan menteri termuda berada dalam kabinet.
Walaupun KJ mendedahkan diri beliau kepada "kecaman" serta "boikot" akibat kritikan-kritikan terbuka kepada pemimpin-pemimpin sukan, ngo dan politik, namun, KJ terus menongkah arus dengan "keterbukaan" dan "kelantangan" bersuara yang sinonim dengan anak muda.
Pastinya ramai yang berkecimpung dalam politik akan mengatakan beliau "menumpang tuah" sebagai menantu bekas Perdana Menteri dan akan malap selepas peralihan kuasa Pak Lah kepada DS Najib. Karier KJ diramalkan akan berkubur begitu sahaja.
Tapi nampaknya ramai yang tersilap. Karier politik serta populariti KJ di kalangan anak muda terus "bersinar". Sekalipun tidak diangkat sebagai menteri selepas PRU12 walaupun memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, KJ terus bertahan. Malah, kepimpinan dan kewibawaan beliau terus meningkat di kalangan anak muda.
Bukan hendak menidakkan kewibawaan pemimpin-pemimpin muda yang ada, namun realitinya tidak ada seorang pun yang mampu menandingi "populariti" beliau ketika ini di kalangan anak muda secara keseluruhannya.
Dan kepimpinan serta karisma KJ hari ini mendapat tepukan daripada pegawai-pegawai di kementeriannya. Dalam ucapannya KJ telah menggesa semua jabatan, bahagian dan agensi di bawah KBS mengamalkan perbelanjaan berhemah khususnya dalam perbelanjaan mengurus.
"Saranan ini dimulai dengan diri saya sendiri. Buat apa bilik suite kalau untuk saya seorang, sekadar bilik biasa memadai".
"Kalau naik flight pula, saya ingatkan mereka cukuplah dengan kelas ekonomi kalau hanya memakan masa 2 - 3 jam".
"Ini untuk saya, tidak pula saya minta menteri-menteri yang lain ikut saya. Itu terpulang pada mereka".
STEADY LA KJ
P/s : Teringat peristiwa masa PRK Kuala Besut yang lalu di mana KJ pulang ke KL dengan penerbangan Air Asia dari Kota Bharu dengan hanya berkain pelikat dan baju Melayu. SEMPOIII...
he he he he tanye si KITOL to pulak berapa banyak KOSMISEN yg die rembat zaman pak mentua die jd PM, he he he
BalasPadammemalukan aku sbg pemuda..
BalasPadamtidak kusangka,
nak jd cempedak tipu si nangka.
Khairy bukanlah calang pria
BalasPadamHebat sebagai menteri belia
Bidang sukan pun dia selia
Laksana amanat tugas mulia
Khairy memang cekap berdebat
Ambiga dan Rafizi dia dah lipat
Anwar dan Husam jadi terkulat
Nasib baik dia umno yang dapat
Sokongan tidak berbelah bagi
Najib tak perlu nak bimbang lagi
Melantik Khairy rasanya tak rugi
Bijak dan tangkas segenap segi
Umno dan BN semakin pulih
Ramai penentang mula beralih
Khairy pemimpin serba boleh
Tidaklah umno tersalah pilih
Khairy naik cepat kerana dilantik
Bukanlah sebab rayu dan bodek
Walau pun pernah dicemuh herdik
Dia tetap tenang bertindak cerdik
Khairy adalah contoh pemuda
Pandangan jauh terbuka minda
Bijak dan penuh ilmu di dada
Jadi kebanggaan ayah dan bonda
Khairy dikhuatiri orang tertentu
Takut dapat dulu title nombor satu
Sorang tu anak sorang menantu
Ahli bawahan yang jadi penentu
haha..mainpanjang pantun ke puisi?
BalasPadamada berani masuk,, haa..pemuda kena berani bro..bkn takat berani menipu ja, itu baru je jd calon..blm cerita menang lg tu..shameless