Nuffnang

KAWALAN : Senarai Barangan Dan Harga Kawalan Sempena Aidil Fitri




KLANG - Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 bagi 20 jenis barangan harga terkawal mula dikuatkuasakan selama 17 hari bermula hari ini hingga 11 Ogos ini bagi menyekat kenaikan harga semasa musim perayaan dan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, penguatkuasaan skim tersebut mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Menurutnya, peniaga perlu memastikan barangan harga terkawal dijual tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan barangan harga terkawal.

"Pemeriksaan dan pemantauan akan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa di semua lokasi tumpuan seperti pasar awam, pasar raya dan pasar pagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 di Pasar Besar Jalan Meru di sini pagi tadi.

Antara barangan harga terkawal itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging kerbau import serta telur ayam gred A, B dan C.

Turut dikawal, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, bawang merah kecil, ubi kentang import dan ikan kembung. - KOSMO!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top