Sedari awal lagi sebenarnya ramai pemimpin Kelantan yang mengetahui dari segi perundangannya sukar untuk Kelantan menikmati hasil royalti minyak disebabkan tiada satu pun telaga minyak yang wujud dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan.
Pun demikian telahan PAS ternyata silap percaturan kerana cuba merendah-rendahkan pemahaman dan daya fikir majoriti rakyat Kelantan yang semakin ramai celik akal dan terbuka mindanya.
Majoriti rakyat Kelantan tidakpun terkesan dengan isu royalti minyak yang sengaja diputarbelitkan oleh PAS dan ini terbukti benar apabila isu royalti gagal memberi kemenangan selesa untuk PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai pada Julai 2009.
Malah selang setahun kemudian, PRK DUN Galas pula menyaksikan PAS jatuh tersungkur dalam pertarungan tersebut apabila kalah teruk sekalipun isu royalti minyak semakin kuat dilaungkan tika itu bagi membangkitkan semangat kenegerian dan anti BN.
Ramai rakyat Kelantan yang sebenarnya sudah memahami bahawa baik dari segi perundangan mahupun Akta Kemajuan Petroleum 1974 serta perjanjian 1975, kerajaan negeri tiada hak untuk menerima bayaran royalti minyak.
Manakala kawasan yang melebihi 3 batu nautika ke atas sudah berada dalam kawalan Kerajaan Pusat. Pun demikian, atas budi bicara Kerajaan Pusat, sejumlah wang ehsan atau bayaran tunai masih boleh dipertimbangkan kepada mana-mana negeri.
Apabila PM membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan isu secara runding cara demi kebaikan negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan, maka bersyukurlah kerana masih ada ruang untuk melihat isu ini selesai secara harmoni.
Tapi sekiranya isu royalti ini masih cuba dipropagandakan oleh PAS, percayalah ia hanya akan menjadi tali jerut untuk PAS Kelantan kerana menuntut perkara yang bukan menjadi haknya di masa yang sama menolak pula jalan ehsan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat
Hak rakyat, hasil bumi sendiri tapi rakyat miskin, pendaratan tidak bertempat di Kelantan untuk buka peluang pekerjaan.
BalasPadamhaha.. kalu pendaratan buat kat klate confirm la ada mamat2 yang berkenaan mengaku itu usaha negeri kelate..
BalasPadamoh ye.. dah tok sir claim royalti ko sebab dah tau tok mene? nak kecek pasal hak pendaratan pulok..