Nuffnang

Anwar Ibrahim, Thaksin Shinawatra dan Jose Ramos Horta Atur Strategi Di Indonesia??

Anwar Menghadiri Persidangan Pemimpin Boneka Barat di Indonesia?



Jaringnews.com melaporkan berita mengenai forum diskusi ilmiah dengan tema “Peace & Reconciliation in Southeast Asia” di Ballroom, Shangri-La Hotel, Jakarta semalam, yang menampilkan tiga tokoh kontroversi di Asia.   Mereka termasuklah mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra, mantan Presiden Timor Leste Jose Ramos Horta serta mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau mungkin juga ‘bakal’ Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim. 


Forum yang dianjurkan oleh Strategic Review: The Indonesian Journal of Leadership, Policy and World Affairs ini dihadiri oleh Presiden RI Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono.


Seperti yang didedahkan oleh laman web anwaraidc: “Strategic Review Indonesia adalah Journal berbahasa Inggeris yang dilancarkan oleh Dr Hassan Wirajuda, bekas Menteri Luar Negara Indonesia pada 15 Ogos 2011.

Ahli Lembaga penasihat journal itu terdiri daripada tokoh-tokoh pro AS, terdiri daripada Prof. Juwono Sudarsono, bekas Menteri Pertahanan, Indonesia, Let Gen (Ret) Agus Widjojo, Member, Ahli Lembaga Pengarah the Partnership for Governance Reform, Prof. John Thomas, Harvard Kennedy School, AS, Prof. Erhard Friedberg, Peranchis dan Prof. Arne Westad, London School of Economics (LSE) UK.

Prof. Juwono Sudarsono seperti dilaporkan usindo.org adalah salah seorang ahli lembaga penasihat USINDO (United States-Indonesia Society).  Laman vaticannewworldorder mencatatkan nama Juwono Sudarsono sebagai salah seorang alumni Jesuit dari LSE.”


Dengan pendedahan ini, kita tertanya-tanya, apakah satu kebetulan atau ada agendanya sendiri apabila penganjur memilih ketiga-tiga tokoh yang punya kaitan dengan CFR sebagai panel kehormat tidaklah dapat dipastikan.  

CFR atau (Council on Foreign Relations) adalah “the Power Elite” warisan The Trilateral Commission kata C. Wright Mills.   CFR juga dikenali sebagai ‘private policymakers’ atau ‘pemikir’ bukan kerajaan, yang mempengaruhi dasar-dasar dan keputusan kerajaan Amerika.  Antara polisi luar Amerika yang telah diterajui oleh CFR, termasuk “keputusan awal mengesyorkan serangan ketenteraan ke atas Vietnam dan kemudiannya mengesyorkan penarikan balik serangan itu”. 

CFR ditubuhkan pada tahun 1921 oleh badan-badan kewangan Yahudi yang berengaruh di Amerika.  Antara yang berada di belakang CFR hari ini ialah The Rockefellers, Woodrow Wilson dan J.P. Morgan. CFR juga dibiayai oleh Carnegie foundation, dan kemudiannya oleh Ford Foundation.

Anwar Ibrahim merupakan Diplomat Jemputan CFR pada tahun 2005 iaitu ketika beliau berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat (AS).  Ini diakui oleh Anwar sendiri dalam dalam writ samannya kepada Chandra Muzafar pada 7 Mac 2008.


Ramos-Horta pula semasa mudanya melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan menggunakan pentas antarabangsa termasuk CFR untuk menuntut pemisahan Timor Leste daripada Indonesia.

Manakala, Thaksin Shinawatra juga menggunakan pentas CFR ketika menjadi pelarian politik Thailand ke luar negara.

CFR juga bertanggungjawab ke atas serangan Amerika terhadap Iraq.  Pengerusi CFR, iaitu Richard Haas, yang berbangsa Yahudi dan mempunyai pertalian dengan keluarga Rockefeller,  pernah menyambut Anwar sejurus selepas Anwar tiba di New York pada 25 September 2009.   Beliau merupakan Pengarah Perancangan Dasar Jabatan Negara dan Senior Fellow pada ketika Iraq diserang.  Beliau, dan juga Paul Wolfowitz yang mana keakrabannya dengan Anwar Ibrahim telah menjadi pengetahuan umum, disenaraikan sebagai antara 42 orang tokoh neo-con yang bertanggungjawab membuat keputusan menyerang Iraq. 

Bukan rahsia lagi bahawa pihak neo-con berada di belakang pemberontakan mana-mana negara di dunia.  Penglibatan mereka telah didedahkan sendiri oleh bekas-bekas pegawai CIA melalui buku-buku dan juga pentas-pentas keamanan dunia. 

Kita sedia maklum bahawa barat tidak akan senang selagi tidak dapat menguasai dunia sepenuhnya dan ini dilakukan dengan meletakkan pemimpin-pemimpin boneka yang akan menurut perintah mereka di kesemua negara di dunia.   Mana-mana negara yang tidak dapat dikuasai mereka, akan dimusnahkan dengan cara menghasut, memecah-belah dan mencetuskan pemberontakan agar mereka dapat masuk campur dan menabalkan pemimpin boneka mereka sebagai pemerintah. 

Justeru, apakah satu kebetulan di mana ketiga-tiga tokoh yang mempunyai kisah tersendiri dari segi ‘pemberontakan’ di negara masing-masing, dijemput ke forum tersebut? Dengan mengadakan persidangan yang membawa kesemua personaliti CFR Asia ini ke Indonesia, mungkinkah bermakna bahawa CFR a.k.a pihak neo-con sedang merancang sesuatu yang besar di rantau ini?

Jika ya, apakah peranan Anwar kali ini?   Dengan pilihanraya yang semakin hampir, kita yakin bahawa Anwar tidak akan duduk diam dan membiarkan pilihanraya berjalan dengan tenang terutamanya apabila beliau dapat merasakan yang sokongan terhadapnya semakin nipis. 

Persoalannya, apakah rancangan yang sedang diatur oleh Anwar dan rakan-rakannya???
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top