Nuffnang

APA YANG SEBENARNYA ANAK MUDA KITA MAHUKAN???

Orang Muda sebagai pewaris negara dilihat sebagai aset dan bukan menjadi tanggungan yang membebankan masyarakat dan negara. Mereka ini sangat bernilai dan perlu digilap supaya mereka tidak menjadi liabiliti dan disalahkan di dalam pelbagai permasalahan.


Namun begitu, pendedahan berlebihan kepada pengaruh luar dan liberalisasi maklumat dalam era globalisasi menyebabkan timbulnya kegawatan sikap dan nilai di kalangan golongan belia kita sehingga kadangkala menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.


Peningkatan bilangan orang muda (belia) umumnya akan berlaku setiap tahun. Pada tahun 2000, bilangan belia berjumlah 9.85 juta orang manakala tahun 2005 jumlah tersebut meningkat kepada 11.10 juta orang. Pada tahun 2010 golongan belia di Malaysia adalah 11.614,735 juta di mana 10.728,122 juta warganegara dan 886,613 bukan warganegara. Jumlah ini mewakili 40.2 % penduduk Malaysia dan merupakan bilangan populasi penduduk terbesar negara.

Pembangunan pesat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik negara telah mewujudkan persekitaran baru dalam pembangunan belia. Perubahan perspektif serta gaya hidup masyarakat menjadi landskap baru persekitaran ini dan membawa implikasi kepada negara dengan kemunculan isu-isu baru yang mempengaruhi, berkaitan citarasa dan kehendak masyarakat. Secara fokus isu-isu baru ini menuntut kepada ketepatan aktiviti pembangunan, penekanan kepada keutamaan serta kepantasan dan keberkesanaan sistem penyampaian.

Golongan belia hendaklah diterima sebagai kelompok penting yang sangat berharga dan jaminan negara pada masa hadapan. Mereka hendaklah dibelai dengan pendekatan penuh kasih sayang di mana ruang yang cukup perlu diberikan supaya mereka dapat menyerlahkan potensi diri di pelbagai bidang kehidupan. Peluang merealisasikan potensi diri akan mewujudkan keyakinan kepada kemajuan masa depan mereka dan kelangsungan pembangunan negara.

Selain dari itu, bentuk pengiktirafan bahawa mereka menduduki tempat yang penting hendaklah diterjemahkan sepenuhnya dalam kegiatan harian supaya mereka tidak merasa terpinggir dan diabaikan. Kegagalan membina keyakinan diri akan melahirkan generasi belia yang terlibat dalam kegiatan negatif seperti anti-establishment, bersikap berkecuali dalam politik negara dan tiada bersemangat enterprising.


Persoalannya, adakah pengiktirafan dan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada golongan ini masih tidak memadai? Sekiranya diimbas kembali kepada penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKKPB) yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, ia sebenarnya telah dianggotai oleh 12 Kementerian yang masing-masing memainkan peranan dalam pembangunan belia.

Jadi, di mana silapnya program-program pembangunan belia ini? Adakah ia tidak sampai kepada golongan sasaran sebenar? Atau promosi mahupun publisiti tidak dilakasanakan secara berkesan.
 
 

Kepada anak-anak muda di luar sana, nyatakanlah apa sebenarnya yang anda semua mahukan dengan cara yang betul dan waras. Demonstrasi bukanlah hanya satu penyelesaian yang ada. Fikir-fikirkanlah.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top