Nuffnang

PTPTN : VIDEO LUAHAN ANAK MUDA YANG MESTI TENGOK!!!

You all tengok le sendiri, sampai habis then you all nilai sendiri 2 video di bawah ni. Aku pun peminjam PTPTN. Memang sakit masa mula-mula habis belajar dulu. Macam-macam nak kena fikir. Macam mana nak "shoru", macam mana nak "survive" tanpa ehsan mak bapak, macam mana nak bayar???? Hish! memang pening.


Dulu, kalau tak silap gua, kos pentadbiran PTPTN ni 4 %. Lagi tinggi beb! But, later kerajaan dah kurangkan kepada 1% je. Kemudian, apa yang lagi best buat peminjam-peminjam ni ialah bagi yang "Cerdik" sikit yang boleh dapat CGPA atas daripada 3.7 (kalau tak silap) boleh pula pinjaman tu ditukar kepada biasiswa. Ok tu.



Selaku peminjam PTPTN, gua pun masih dalam proses membayar balik secara bulanan. Citer pasal bayar balik ni, hmmm...... memang banyak citer sebenarnya. Di pendekkan citer, gua mula buat bayaran balik pun selepas hampir 2 tahun. Tu pun rasanya selepas dapat surat peringatan (REMINDER) daripada PTPTN.




Pening beb! Gaji gua pada masa tu baru RM1,000 lebih (masa mula-mula dapat kerja). Sewa rumah, makan, minum, ansurans motor, top up handphone dan sebagainya. Memang serabut. So, gua punya graf untuk pembayaran semula PTPTN ni memang tak cantik (di awal pembayaran, sekarang dah ok, heheheh....).

Diimbas kembali penggunaan PTPTN sepanjang tempoh pengajian gua di IPTA suatu masa dulu, huh! memang banyak gunanya PTPTN ni beb. Salah satu yang mengingatkan gua dan boleh membuatkan gua menangis tetiba ialah gua hampir-hampir tak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA. Sebab ape? Sebab gua bukan berasal daripada keluarga berada (macam Adam Adli). So, selepas kegembiraan dapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA, tetiba dapat pula citer sedih.

Arwah bapa gua minta maaf sangat-sangat (sedih kedua sebab ayah yang minta maaf) sebab tak dapat nak hantar gua ke IPTA sebab tak mampu menanggung kos pengajian. So, you all semua bayangkan kalau you all di tempat gua.....




Di universiti, macam-macam pula kisahnya. Ye la, orang kampung macam gua ni yang tiada sesiapa atau saudara mara di KL ni. Macam-macam hal yang perlukan duit. Nota, Buku rujukan, sewa rumah (kena tolak daripada kolej sebab tak aktif, heheheh) minyak motor, to pup dan pelbagai bende yang perlukan bayaran. Memang agak tinggi kosnya.

Alhamdulillah, berkat doa, usaha, dan "Kecerdikan" yang Allah kurniakan, sekarang gua dah boleh bayar PTPTN secara konsisten (graf dah cantik). Dan setiap kali semasa nak membuat pembayaran (online), gua teringat kembali kisah lama yang hampir-hampir menidakkan peluang gua untuk berada seperti sekarang.  (tak kaya, tapi bahagia). At least, dengan pembayaran semula PTPTN, gua dapat membantu anak-anak muda kita yang mungkin seperti gua dulu di samping menunaikan tanggungjawab gua sendiri sebagai peminjam.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top