Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai
hutang 1MDB kepada kerajaan?
-
PMX berkata hutang terbesar negara ialah 1MDB, tetapi beliau tidak
mendedahkan berapa banyak aset yang telah dikumpul oleh 1MDB, aset yang
berjumlah hamp...
Browse » Home » » SEBAB MUSABAB 2 EXCO MENOLAK PELANTIKAN SEMULA
SEBAB MUSABAB 2 EXCO MENOLAK PELANTIKAN SEMULA
Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno. Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.
Ketika ditemui semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.
Sumber sebelum ini memberitahu, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.
Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".
"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.
Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.
Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.
Ketika laporan ini ditulis, masih belum mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.
Seorang pembantu Azizan memberitahu, Azizan mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....