Jangan membuat tafsiran awal! baca dulu sampai habis.
Sunway - Sebuah badan gabungan belia Indonesia, 234 SC Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Futsal ”Solidarity Cup 2012” melibatkan pasukan-pasukan dari belia Malaysia dan Indonesia.
Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee selaku Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berkesempatan untuk merasmikan kejohanan tersebut pada 24 Mac 2012 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Sports Planet Futsal Court, Jalan Lagoon Selatan, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya.
Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara belia Indonesia dan Malaysia serta sebagai aktiviti riadah yang berfaedah kepada golongan belia kedua-dua negara. Sebanyak 40 pasukan menyertai pertandingan yang diadakan selama 2 hari bermula pada 24 hingga 25 Mac yang lalu.
Satu perlawanan persahabatan telah diadakan di antara pasukan Majlis Belia Malaysia yang diketuai sendiri oleh Presiden MBM dengan pasukan 234 SC Malaysia yang berkesudahan MBM tewas 2 – 0.
Sumber - MBM
Pusat Reintegrasi Bagan Datuk bernilai RM123 juta, siap Mei 2030 kukuhkan
sistem koreksional negara
-
Oleh Zihan Zari KUALA LUMPUR – Projek Pembinaan Pusat Reintegrasi Bagan
Datuk, Perak bernilai RM123 juta dijangka memberikan manfaat yang besar
kepada Jaba...




0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....