Nuffnang

Enam Persoalan Puteri Berkaitan Generasi Muda

KUALA LUMPUR: Siapa kata semangat Puteri Umno suam-suam kuku? Buktinya apabila Wan Salwati Abdullah yang juga Exco sayap bongsu Umno berjaya menyalur semangat mudanya kepada perwakilan di Dewan Merdeka, di sini, semalam.

Beliau yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden membangkitkan mengenai pentingnya suara generasi muda diletakkan di tempat sepatutnya seiring pemimpin masa kini yang suatu masa nanti akan mewariskan legasi kepemimpinan mereka.

“Sedarlah ahli parti, pemimpin di semua peringkat, sejarah dunia sudah membuktikan generasi muda antara kuasa sebenar dalam mengubah landskap sosio-politik sesebuah negara, tamadun dan peradaban dunia.

“Janganlah golongan generasi muda ini diperlekehkan dan dinafikan hak suara serta pandangan mereka,” katanya.

Wan Salwati diberi lebih masa ihsan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berikutan tidak tergamak menyekat hasrat beliau yang sudah seperti anaknya, kemudian menyambung perbahasan dengan membangkit tujuh soalan berkaitan.

Katanya, dalam usaha mendampingi generasi muda, semua pihak dalam Umno perlu bertanya adakah mereka mengetahui dengan jelas berapa peratus generasi muda di kawasan yang bakal mengundi.

“Kedua, adakah kita mengenali mereka? (Soalan ketiga) adakah kita mendampingi mereka sehingga mereka merasakan kehadiran kita (Umno) dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup seterusnya membantu mereka dalam memahami dan menangani perkembangan isu semasa.

“Keempat, adakah kita diterima? (Soalan kelima) Apakah pula persepsi generasi muda terhadap sikap dan tingkah laku kita? (Soalan keenam) adakah bentuk pendekatan yang kita pilih untuk mendampingi dan memahami generasi muda ini berkesan? Dan akhir sekali bilakah kali terakhir kita bersalam, mengucapkan selamat hari jadi kepada mereka serta mengucapkan syabas di atas kejayaan mereka,” katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. Perancangan penting, kita tidak cukup sekadar bercakap hentak lecture stand .. yang paling positif adolah Pelan Tindakan. Semua Biro perlukan pelan tindakan, pelan tindakan mesti berkesan. Sentuhan dan bila disentuh mesti terasa, maknanya berkesan dan dirasai bahawa pelan tindakan itu berhasil. Biro Pendidikan, Biro Ekonomi, Biro Agama, Biro Kebajikan. Duduk "brain storm' lah dan buat pelan nya. War-warkan seluruh bahagian/cawangan yang menjadi sasaran. Promosi ponting bilo nak laksanakan pelan tindakan. Macam mano nak tarikh penduduk hadir, semak kumpulan umur sasaran, yang muda, puteri apa yg mereka minat. PC fare atau handphone fare dan wanita suko masakan, buat demo masakan dan pertandingan memasak. Jalankan pelan yang dirancang masa puncak orang ramai. 1 minggu selepas itu, laksanakan pelan tindakan susulan ini jika sesuai rumah ke rumah. "Plan,Do, Check, Act" itu lah kaedah yang mudah. Terima kasih.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top