MIRI, 29 Oktober 2011 - Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri 2011, satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara IKBN Miri dengan 3 buah hotel bertaraf 5 bintang (Marriot, Imperial dan Parkcity Everly) telah diadakan pada 29 Oktober 2011 bertempat di Dewan Hospitaliti IKBN Miri.
Melalui MOU tersebut, ketiga-tiga buah hotel telah bersetuju untuk menerima pelajar IKBN Miri dalam bidang Hospitaliti untuk menjalani latihan sambil bekerja pada hujung minggu serta diberi elaun, makan minum dan pengangkutan. Melalui MOU ini juga para pelajar IKBN Miri akan menjalani latihan industri di hotel-hotel tersebut di samping berkongsi kepakaran di antara pengajar dan pekerja hotel berkenaan.
Majlis tersebut telah saksikan oleh YB. Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Datuk Dr. Lee Kim Shin, Menteri Muda Komunikasi dan Sukan Sarawak, Tn Hj. Saari Bin Salleh, Ketua Pengarah Bhg. Pembangunan Kemahiran, KBS serta Pengarah-Pengarah IKBN dan wakil- wakil agensi kerajaan dan swasta.
Berita dipetik daripada portal KBS http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/1-senarai-berita-kbs/1111-ikbn-miri-tandatangan-mou-dengan-3-buah-hotel-bertaraf-5-bintang-
Gerila pemisah meningkatkan aktiviti mereka di Yala dan Songkhla
-
Di Yala, sekurang-kurangnya 10 serangan pembakaran dilaporkan, terutamanya
melibatkan pembakaran tayar getah di jalan raya.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....