Nuffnang

VIDEO : CCTV Siswi Malaysia Dirogol Di Indonesia Tersebar!!!




Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, telah dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.

Ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan berkata, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya.

Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Portal beritadetik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Berikut adalah rakaman cctv berhubung insiden tidak diingini itu :





Dan ini pula proses siasatan berhubung kes tersebut oleh Polis indonesia :

read more...

#FBP14 : [Video] Randai Mob Dance Terbaik!

Be the first to comment!

Putrajaya: Persembahan dari pelajar ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) pada hari terakhir Festival Belia Putrajaya 2014 kali ini telah membawa kelainan pada himpunan kali ini apabila tarian "Mob Randai" dimainkan di hadapan Wisma Tani, Persint 4.

Tarian Randai yang merupakan persembahan tradisi bagi masyarakat minang adalah sebuah tarian yang merangkumi aspek gerak silat, dendang, dan muzik ini telah berkembang menjadi persembahan yang lengkap.

Tradisi Randai ini berasal dari dari Kota Padang, Sumatra Barat, Indonesia ini telah diolah semula menjadikan ia lebih segar untuk dipertontonkan kepada anak muda.



read more...

#FBP14 - PRESIDEN MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR PUJI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014


Putrajaya - Majlis Belia Negeri Johor mengucapkan tahniah kepada Y.B Khairy Jamaluddin diatas kejayaan penganjuran Festival Belia Putrajaya 2014. Aktiviti yang menarik pasti dapat menarik minat para belia untuk menyertainya, Saudara Manndzri Presiden Majlis Belia Negeri Johor.




read more...

#FBP14 - PAVILION JOHOR TAMPIL KEUNIKAN




Putrajaya - Johor sekali lagi tidak ketinggalan untuk bersama - sama memeriahkan Festival Belia Putrajaya bagi kali ini. Pavilion yang menempatkan negeri - negeri dinegara ini memperlihatkan kepelbagaian serta keunikan yang terdapat dinegeri - negeri tersebut.




"Johor mengetengahkan konsep Rumah Limas yang merupakan rumah tradisional yang terdapat dinegeri tersebut. Tarian zapin, inang, joget pula menjadi penambah kemeriahan diPavilion Johor. Kita juga turut menampilkan demonsrasi membuat capal yang didatangkan khas dari negeri Johor, menurut kata Azmi  Othman Pegawai Penyelaras Pavilion Negeri Johor.

Tahun ini juga kami membawa produk orang muda iaitu The Great Johor (TGJ) yang menjual baju dan produk bertemakan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim. Tidak ketinggalan kami membawa produk baru kerajaan Negeri Johor iaitu Sukarelawan Darul Takzim (SDT), tambahnya lagi.




read more...

Tengku Abdullah Teraju Baru FAM - Kejutan Dalam Senarai Barisan Kepimpinan

Berikut senarai barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014-2018 selepas pemilihan pada Kongres ke-50 FAM di sini hari ini:

Presiden:

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Pahang)
Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan)
2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor)
Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Perak)
2. Datuk Rozabil Abdul Rahman (Perlis)
3. Datuk Sudarsono Osman (Sarawak)
Anggota Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Yusof Mahadi (Melaka)
2. Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (Perak)
3. Datuk S. Sivasundram (penyandang-Selangor)
4. Alijus@Mohd Ali Sipil (Sabah)
5. Datuk Osman Salleh (penyandang-PDRM)
6. Goh Ah Chai (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
7. Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Pulau Pinang)
8. Datuk Othman Aziz (Kedah)
9. Brig. Jeneral Datuk Norhuda Ahmad (wanita)
10. Normala Md Yusof (wanita) 
- Bernama
read more...

#FBP SEGMEN EXPERIENCE + LIVE BY KAKI SENI MENGETENGAHKAN PENGIAT SENI TANAH AIR UNTUK TONTONAN PENGUNJUNG

Be the first to comment!
Festival Belia Putrajaya 2014 dilihat salah satu platform untuk mengetengahkan pengiat seni tempatan ke arena seni yang sepatutnya mereka berada. sebagai contoh di Segmen Experience + Live by Kakiseni pelukis pelukis jalanan diberi peluang menunjukkan hasil karya mereka di kaki lima Auditorium Cempaka Sari. Pertunjukkan Wayang Kulit Versi Moden dan banyak lagi.

Ada satu part dalam segmen kakiseni ini, terdapat susunan tong tong drum yg dipotong pelbagai saiz dan sudut menjadi tempat pengiat seni yang agak berbeza. Di sini penyair penyair, pembaca sajak dan tidak ketinggalan penyanyi rap versi tempatan diberi peluang menyumbangkan bakat mereka. Di sini penulis menyertakan klip video persembahan rap dari pengiat seni tempatan.


read more...

#FBP14 : Big Bad Wolf Diserang Pengunjung FBP 2014

Be the first to comment!


Putrajaya: Peminat buku serata Malaysia telah berkumpul di Bangunan Perbadanan Putrajaya, tingkat 2, Dewan Sri Siantan sepanjang Festival Belia Putrajaya 2014 bagi menyertai acara tahunan pameran buku Big Bad Wolf

Menawarkan potongan harga sebanyak 75% sehingga 95% pada semua buku, pameran ini menjanjikan pelbagai genre buku dari buku berkonsepkan fiksyen, kanak-kanak,  sehinggalah buku yang bergenre kan sejarah.

Dibahagikan kepada kategori, pengunjung dengan mudah dapat mencari buku mengikut kesesuaian atau minat masing-masing.

Bagi pelajar yang berminat membeli pelbagai buku yang menarik, Big Bad Wolf juga menerima Baucar BB1M yang boleh digunakan untuk membeli buku pilihan anda.



Untuk rekod, Pameran buku terbesar di Malaysia ini bermula pada tahun 2009 oleh pemilik kedai buku BookXcess, Andrew Yap dan pasangannya Jacqualine Ng telah menjadi acara tahunan yang Pada tahun 2012 ia diadakan di Pusat Pameran dan Konvosyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), Kuala Lumpur dengan tiga juta buah buku dan majalah untuk dijual. Kebanyakan buku yang dijual adalah buku bahasa Inggeris. 
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top