Nuffnang

DEMI CINTA!!! Upload Status Di FB Sebelum Bunuh Diri!!!





Kegilaan apakah ini? 

Seorang wanita maut membunuh diri setelah terjun dari sebuah pasaraya terkenal di Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang mengejutkan, wanita tersebut sempat memuatnaik status rancangannya yang mahu membunuh diri di Facebook.

Dalam status itu, dia mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga serta rakan-rakannya. Dalam perenggan terakhir, dia juga sempat menujukan status kepada seorang lelaki bernama Gulam Larkins dan mengatakan tindakannya itu adalah hadiah buatnya.

Tidak diketahui apakah hubungan Gulam Larkins dengan mangsa dan ramai yang mengjangkakan lelaki itu adalah teman lelakinya.

Berikut pula adalah foto Hasrina Chee yang diperoleh dari laman Facebook beliau. Namun, apa yang agak pelik, status terakhir beliau seperti mana yang di cetak oleh blog tersebut tiada. Dan status terakhir beliau adalah pada 5 May 2014.


read more...

HOTTT!!! Si Janda Nurul Izzah Malu Besar!!!


Malu.... Dah tahap cipan dah termalu nya wei!!!! Seorang YB @ wakil rakyat bersikap sambil lewa tanpa usul periksa. Macam mana la buat kerja dan berbahas di Parlimen. Dari mana fakta dan bukti yang diperoleh? Dari mana sumber? Betul ke? DAH KANTOI macam ni mana nak letak muka Nurul?

Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang mempertikaikan tunjuk arah yang terdapat di KLIA2 nyata mengundang kontroversi. Beliau mempertikaikan kenapa hanya penunjuk arah hanya menggunakan kertas untuk kos pembinaan KLIA2 yang berjumlah RM5 billion. Baca jawapan Malaysian Airports seperti gambar di bawah.

Mungkin YB Nurul Izzah belum menjejakkan kaki ke KLIA2? Mungkin beliau hanya bergantung kepada foto yang dikirim oleh macai-macai beliau untuk membuat fitnah? Kita tidak pasti. Cuma aku nasihatkan YB Nurul Izzah datanglah sendiri melawat KLIA2, yang merupakan sebuah lapangan terbang di dalam pusat membeli belah, serba lengkap dengan segala kemudahan terkini dan canggih. Kalau setakat tanda arah seperti didakwa, terdapat banyak tanda arah seperti gambar di bawah yang sempurna di merata-rata tempat di dalam lapangan terbang berkenaan, bukannya hanya tahu buat fitnah saja.



read more...

PANASS!!! Tun Mahathir Akui Kesilapan Beliau!!



Siapa tidak kenal Tun Mahathir? Seorang pemimpin yang berani dan lantang dalam menyuarakan pendapat atau pandangan semasa kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri negara dahulu. Walaupun telah meninggalkan tampuk kepimmpinan negara, namun teguran dan kritikan keras kepada kepimpinan sekarang tetap mewarnai rencah politik negara.

Kritikan dan teguran yang diberikan adalah atas dasar untuk membina kepimpinan yang lebih baik demi masa depan Negara. Komen yang diberikan kebanyakannya berasas.

Bagi Tun, kalau benda tu baik dia akan kata baik. Kalau tak baik, dia akan kata tak baik. Bukan macam Pakatan. Baik ke, tak baik ke, kritik tak tentu arah. Tak de hala tuju.

Dan perlu diingatkan, perkara ini bukan sesuatu yang baru bagi Tun. Ianya pernah dilakukan suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan Tun tersingkir dari UMNO.

Apabila ditanya penyebab yang membuatkan Tun segera bertindak untuk menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman yang penuh dengan kata - kata tajam, ini jawapan Tun:


"Apabila saya menoleh semula kebelakang dan membaca kembali surat tersebut, saya menyedari bahawa saya tidak sepatutnya bersikap kasar dan tidak sopan terhadap Tunku.

Saya berasa kesal tetapi perasaan saya keras pada ketika itu. Saya berpendapat, beliau telah melakukan kesilapan dan beliau perlu diberitahu mengenainya.

Ini disebabkan sebagaimana lazimnya, apabila memegang jawatan tertinggi seperti beliau, beliau tidak mendapat maklumat daripada akar umbi.

Lazimnya, penyokong - penyokong pembodek akan berada disekelilingnya dan mereka hanya akan memberitahu beliau apa - apa yang suka didengar oleh beliau sahaja.

Ini akan menyebabkan beliau mempunyai persepsi yang salah tentang banyak perkara. Oleh itu, saya fikir saya perlu membetulkannya." - Petikan dari buku: Jejak Seorang Pemimpin, Sejarah Lisan Tun Dr. Mahathir Mohamad.


read more...

Tun Mahathir : ISMA, Kamu Tolong Diam!!!



Beberapa hari selepas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terus-menerus menyerang bukan Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan mereka patut berhenti membuat bising.

Bekas perdana menteri itu berkata kenyataan daripada pemimpin Isma tidak konstruktif.

Kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tindak balas kepada Isma yang melabelkan kaum Cina sebagai 'penceroboh' dan menggesa agar hukum hudud dikenakan kepada semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja umat Islam.

"Dia sepatutnya simpan sahaja pandangannya. Mereka tidak membantu keadaan negara ini," 




Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menegaskan orang bukan Islam perlu mengetahui batasan mereka dan tidak seharusnya mempertikaikan hak keistimewaan yang dimiliki kaum Melayu dan Islam di negara.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, golongan tersebut juga tidak boleh mencampuri urusan bangsa Melayu dan Islam terutamanya mengenai cadangan pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata, selama ini, golongan bukan Islam yang dilabelkan sebagai pendatang di negara ini, sudah diberikan peluang sepenuhnya dari aspek sosiol ekonomi di negara in.

“Orang Melayu dan Islam di Malaysia mempunyai hak untuk menyatakan kehendak mereka dan menentukan rupa bangsa serta masa depan negara tanpa boleh dibantah oleh mana-mana kaum pendatang di negara ini,” katanya pada sidang media di pejabat Isma di sini, Jumaat.

Ketika ditanya sama ada bangsa lain tiada hak untuk menyuarakan pandangan mereka, Abdullah berkata mereka telah diberikan hak untuk bersuara dan jaminan kesejahteraan sejak dulu lagi.
read more...

VIDEO : Apa Masalah Minah Ni Sebenarnya Dengan Bank ISLAM?




Korang tengok sendiri. Apa sebenarnya masalah awek ni. Apa mesej yang cuba disampaikan? Dan apa kaitan dengan Bank Islam? Yang BB tahu, dia yang bermasalah. Sebabnya, korang tengok sendiri...





Selepas tengok video ni, korang rasa apa masalah awek ni? Atau apa yang cuba disampaikan?
read more...

BANGANG!!!! Pelawak Persenda Hukum Allah?



Ini satu hal lagi. Adakah hukum Allah untuk dipersendakan? Apatah lagi untuk menjadi bahan lawak mereka? 

Pelawak terkenal tanah air, Harith Iskandar telah dilihat membuat lawak bodoh mengenai isu pelaksanaan hukum hudud menerusi laman Twitter.




Status berkaitan isu hudud yang dimuat naik oleh Harith itu dianggap agak keterlaluan oleh para pengikutnya yang berjumlah lebih daripada 165 ribu.

Namun, ada juga pihak yang cuba menjernihkan keadaan dengan mengatakan bahawa Harith sekadar berjenaka dan tidak berniat mahu mempersoalkan isu sensitif tersebut.



Dikongsikan sedikit buat renungan bersama :

1. HUKUM MEMPERSENDAKAN AGAMA

· Akan mendapat balasan dan azab yang dahsyat daripada Allah


2. PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIANGGAP MEMPERSENDAKAN AGAMA

· Mempermainkan dan mempersendakan ajaran islam sama ada melaui lisan atau perbuatan
· Memperkecilkan tuntutan agama
· Bangga apabila melanggar larangan Allah
· Menghina orang yang bertakwa
· Menjunjung perbuatan maksiat
· Tidak bersolat
· Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai
· Tidak membayar zakat yang difardhukan


3. GOLONGAN YANG SERING MEMPERSENDAKAN AGAMA

· Musyrikin
- Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid
· Munafik
- Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman
· Murtad
- Orang yang keluar daripada Islam
· A'shi
- Orang islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya


4. AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA

· akidah seseorang terhadap Allah akan rosak
· segala kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia
· akan mendapat balasan azab yang pedih di akhirat
· dibenci dan tidak dihormati oleh orang lain


5. CARA MENJAUHI DIRI DARIPADA PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

· taat dan patuh pada perintah Allah dengan bersungguh-sungguh
· meninggalkan segala larangan Allah
· sentiasa mengingati balasan syurga dan neraka
· berhati-hati dan berwaspada dengan rakan-rakan yang suka mempersendakan agama


6. AKIBAT TIDAK MEMELIHARA AGAMA

· umat islam akan menjadi umat yang mundur dan tidak bertamadun
· agama islam akan diperkecil dan dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
· kemungkaran dan maksiat semakin berleluasa
· wujud ajaran sesat dalam masyarakat yang akan memesongkan akidan orang Islam

Na'uzubillahimin Dzaliq.....
read more...

VIDEO : Wanita Melayang Ditiup Angin Enjin Kapal Terbang!!!





Video menunjukkan seorang wanita cuba menunjukkan keberanian untuk menahan angin enjin kapal terbang yang bersedia untuk berlepas daripada sebuah lapangan terbang. Namun dia gagal bertahan dan seterusnya ditiup oleh kuasa enjin kapal terbang yang kuat itu. Kami berharap wanita itu tidak apa-apa dan selamat. Tonton video aksi wanita itu di bawah.


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top