Nuffnang

VIDEO : BERTUDUNG TAPI TUNJUK...... JOM Ramai-Ramai Report Ke YOUTUBE!!!




Amaran!!!! Jangan tengok sampai abis...





Tanpa perasaan malu dan pun segan silu, gadis bertudung ni menari dengan menunjukkan bahagian-bahagian yg tak sepatupnya dilakukan oleh wanita muslim ataupun wanita bertudung. Inilah dunia akhir zaman yg mana wanita sudah hilang rasa malu untuk melakukan perkara-perkara yg dilarang dalam Islam...



Dah..dah....dah... Jangan tengok sampai abis....

TUNGGU APA LAGI?

Jom kita report ramai-ramai kat youtube supaya video ini tidak lagi "berada" di alam maya. Biar kasi ban terus!!!

What a shame!!!
read more...

KHALID SEMAKIN BERANI : "Saya Bukan pak Turut Bang Non!!"


“Siapa saja jadi Presiden PKR, saya tiada masalah sebab kami boleh bergandingan. Walaupun saya rapat dengan Anwar tetapi saya tak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia nampak seolah-olah saya sedang mendengar,” katanya.

Inilah antara petikan kata Khalid Ibrahim di Sunway Convention Centre, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya dalam satu program sesi Wawancara Bersama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.




Apa yang menarik, Khalid yang dulu tidak sama dengan Khalid yang sekarang. Beliau tidak langsung menggunakan nama DS Anwar Ibrahim atau DS Wan Azizah Wan Ismail untuk meraih sokongan dari ahli-ahli PKR tapi dia menawarkan apa yang boleh disumbangkannya kepada parti..

Tegasnya bukan semua cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima bulat-bulat.. atau dalam lain ayat beliau bukanlah 'Pak Turut' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim..

“Ada cadangan Anwar yang saya boleh terima dan ada juga cadangan dia yang saya dengar tapi tak terima,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bukan satu kesalahan atau kebiadaban tetapi menunjukkan sikap seorang pemimpin yang boleh menerima cadangan dan kritikan.

Bagaimanapun, beliau beranggapan Ketua Umum PKR itu adalah seorang pemimpin yang sangat cekap dalam berpolitik.

“Saya juga nak menyumbang pengalaman saya dan apa yang saya lakukan di Selangor untuk parti. Itu yang saya mahu dan rasa boleh jadi gandingan dengan Anwar dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, PKR perlu melakukan pembaharuan supaya boleh bersaing dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kepimpinan kita mesti ada orang yang boleh berbincang dan bukan jadi pak turut saja. Saya rasa, Anwar perlu ada rakan-rakan seperti itu dan kita mesti ada keseimbangan untuk mentadbir.

“Saya ada pengalaman mentadbir, pengurusan harta dan tenaga manusia manakala Anwar pula cekap dalam politik. Keseimbangan ini boleh membantu kita tawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Hahaha...keseimbangan atau kecelaruan? 

Apa pun, jangan sampai tak mandi udah le....
read more...

BANGKITLAH!!! Hotel 5 Bintang Tidak Benar Pekerja Bertudung!!!

Kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku di negara kita. SEDIH dan tak tahu nak kata apa lagi. Di mana maruah kita? Di mana bapak menteri dan penguatkuasa agama? Ikuti perkongsian dari wartawan yang tidak asing lagi Mazidul Akmal Sidik di bawah ini.

Saya didatangi pekerja hotel bertaraf lima bintang, berusia sekitar lingkungan pertengahan dua puluhan.

"Ketika mula bertugas di hotel kira-kira 5 tahun lalu, saya tidak bertudung. Kesedaran timbul dan saya kemudian cuba untuk menutup aurat. Malangnya bekerja sebagai front liner, pihak pengurusan hotel tidak membenarkan saya bertudung ketika bertugas," ujar 'Lia'.




"Larangan dibuat secara bertulis?," soal saya.

"Tidak, lisan," balasnya.

Tambah Lia, beberapa rakan sekerja juga mendepani halangan sama.

"Kami tidak berpeluang untuk menutup aurat ketika bertugas sebagai front liners. Setiap hari, sebelum pulang ke rumah, kami bertudung. Sebenarnya kami tidak faham mengapakah pihak pengurusan melarang kakitangan beragama Islam bertudung? Adakah prestasi kerja menurun sekiranya kami menutup aurat tatkala melayan pelanggan hotel? Tentunya tidak. Pelik, Islam dinobatkan sebagai agama rasmi Malaysia namun masih wujud segelintir majikan mengamalkan diskriminasi agama," ujar Lia kesal.

"Kebebasan beragama termaktub dalam perlembagaan negara," celah saya.

"Tidak di hotel tempat kami bekerja biarpun hotel itu dimiliki individu beragama Islam," balas Lia pantas.

Saya difahamkan, majoriti individu berjawatan tinggi hotel, bukan beragama Islam. Barangkali pemilik hotel itu tidak menyedari masalah menghimpit sebilangan kakitangan hotel terbabit.

Saya kemudian meminta Lia menghubungi persatuan hotel negeri dan mengemukakan perincian kes. 

Lia dan rakan hanya memenuhi tuntutan agama Islam. 

Izinkanlah.




Amat molek juga jika menteri bersuara dalam hal ini sekaligus mengeluarkan arahan tegas, melarang pemilik sebilangan hotel meneruskan diskriminasi melampau.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom?

Kudis jangan dibiarkan, kelak bernanah.


read more...

MELAMPAU!!! MELAYU Perlu BOIKOT Hong Leong Bank!!!




"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"


Itulah kata-kata yang dikatakan oleh Pengurus di atas seorang pekerja Melayu yang taat bekerja selama lebih 25 tahun merayu meminta tidak di transfer 24 jam. Semua Melayu dalam Hong Leong bank tahu ini adalah permainan yang dilakukan Hong Leong Bank untuk memberhentikan semua pekerja Melayu dalam bank.




Sebelum ini kisah pekerja tak dibenarkan sembahyang ada kaitan rapat dengan ugutan transfer yang dilakukan oleh Hong Leong. Oleh kerana mereka sedia di transfer, maka mereka kenakan tekanan dengan cawangan yang ditransfer tidak menerima mereka dan gaji disajakan sangkut.

Mereka ini pula berlegar di cawangan tanpa ada kerja tapi tidak dibenarkan sembahyang.

Kali ini hal ini pula:

Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, Johor Baharu berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.

Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yang merupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.

Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.

Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!"

Baca sepnuh di Flying Kick 




Ada tiga Bank yang sepatutnya dah tak patut wujud dan patut diambilalih atau disatukan dengan Bank lain. Salah satu adalah Hong leong bank. Mereka pula angkuh dan degil tak mahu usahakan merger secara bersendirian tapi hanya merger kan Bank dan Finance Company.

Hong Leong adalah kroni anwar Ibrahim. Diam saja Anwar bila bangsanya di hina begitu rupa. Adakah Anwar akan bela bangsa dan ummah jika PM? Tak mungkin ... sebab dia dipegang telor oleh cina DAP disekelilingnya.

Dalam hal Bank dan syarikat cina begitu rasis, kenapa pula kerajaan masih begitu terbuka with open arms untuk Cina diberi pekerjaan dan scholarship dari GLC.


read more...

RASUAH!!! Khalid Ibrahim Bakal Tumbang Di Pemilihan PKR?


Selepas isu "wanita simpanan" yang menuntut bayaran tertunggak sejumlah RM3 Juta, kali ini Menteri Besar Selangor dikaitkan pula dengan rasuah.

Pemuda Umno Selangor telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perjanjian penjualan tanah di Kuala Langat antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan syarikat Tropicana Corporation Berhad yang didakwa mempunyai unsur penyelewengan.

Ketua Pemudanya, Zainuri Zainal berkata laporan itu dibuat supaya satu siasatan dapat dilakukan terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta pemilik tanah berhubung penjualan yang didakwa mencecah sekali ganda.




"Kami membuat aduan secara rasmi hari ini berikutan terdapat unsur rasuah dan salah guna kuasa.

“Kami mendesak tindakan yang sewajarnya diambil kepada individu yang dikenal pasti melakukan ketirisan atau (melakukannya) untuk kepentingan peribadi," katanya kepada pemberita di pejabat SPRM Selangor hari ini.

Zainuri mendakwa penjualan tanah yang dilakukan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya kerana dilakukan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan negeri menjual tanah itu kepada Tropicana di bawah harga pasaran, iaitu RM17 sekaki persegi, sedangkan Tropicana menjual tanah yang sama kepada sebuah lagi syarikat swasta dengan nilai RM35 sekaki persegi.

Pada April tahun lepas, kerajaan negeri menerusi PNSB menjual 474.3 hektar tanah paya kepada Tropicana dan syarikat itu kemudian menjual satu perempat daripada jumlah tanah terbabit kepada Eco World Development Group Berhad dengan nilai lebih tinggi. 

– Bernama
read more...

GAMBAR : Bekas "Drummer" Kumpulan Muzik Terkenal Kini Pejuang Mujahidin




Bagi mereka yang membesar tahun 90an, anda tentu mengetahui tentang kumpulan Ukays yang mencipta nama antara kumpulan muzik paling popular pada satu ketika.


Antara ahli terawal anggota kumpulan ini adalah pemain dram, Ali.

Bersama Ukays, Ali sempat terlibat dalam dua album iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang antara lain memuatkan lagu popular Berkat Kasihmu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

Kini kumpulan Ukays sudah berkubur namun perkembangan terbaru Ali agak mengejutkan.

Nampaknya Ali bukan sahaja meninggalkan dunia muzik tetapi memilih untuk melakukan sesuatu yang berat dibuat oleh kebanyakan yang lain iaitu meninggalkan negara untuk tujuan jihad.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Ali kini tidak lagi memegang stik dram tetapi AK47 untuk sama-sama menentang rejim Basyar Al Assad.





Kami pasti, apa yang dilakukannya ini sudah difikirkan masak-masak. Sama ada gugur sebagai syahid atau ditangkap kerana melanggar undang-undang, Ali sesungguhnya sedang memilih satu jalan yang sukar dipilih oleh orang lain.


Semoga reda Allah bersama Ali dan para mujahidin yang berjuang demi umat Islam menentang kezaliman di mana sahaja pelusuk dunia ini.
read more...

KANTOI!!! Aktiviti "PELACURAN" RBA Di Hadapan Masjid!!!




Begitu licik dan jahat mainan mereka. Namun lambat laun akan terbongkar jua. Inilah antara mainan RBA Upahan Pakatan Rakyat...!!! 

Fitnah Sahaja Yang RBA Cuba Lakukan Kepada UMNO...
Puak UMNO pasti tuduh PAS atau PKR yang lakukan perkara ini.

Akhirnya berkelahi sesama sendiri!!! 

Kurang Ajar Sungguh RBA Ini Menghina Pulak Rumah Allah...

Sedangkan Gambar Ini Di Ambil Di Indonesia...


Berhati-hatilah dengan golongan yang menyamar sebagai muslim di dalam face book.

Mereka terbahagi kepada dua, satu yang berpura-pura menyokong UMNO dan yang lagi satu berpura-pura menyokong PR.

Saya sudah membuat beberapa scanning dan mendapati ada beberapa profile yang menggunakan account yang sama berdasarkan kepada penggunaan ip yang sama.

Sebagai muslim kita kena menjadi cerdik dalam hal ini,tidak kira saudara di sebelah UMNO atau PR.

Tujuan group ini sendiri diwujudkan untuk apa? Tidak lain hanya untuk memburukkan dan mengadu-domba kita orang-orang melayu dan agama kita Islam .

Kita boleh tengok daripada cara kebanyakan mereka membuat tuduhan dan fitnah daripada kedua belah pihak .

Terlalu obvious mereka berkehendakkan hanya perbalahan... Hati-hati lah saudara ku dari UMNO dan PR.

Jangan kerana permainan mereka kita berkelahi dan berbalah!!!

Orang-orang kafir ni nak tengok kita orang islam berpecah belah,sebab orang kafir ni tau nak melemahkan islam mesti lagakan sesama mereka.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top