Nuffnang

#MH370 : Luahan Adik Ipar Mangsa....





Minta maaf pade semua. Doa dan perhatian dri anda smua amat kami hargai.. bagi kami ini masih blum penamatnya. Kami tak terus terima bulat-bulat dengan berita terbaru ini.

Ya, mungkin jejak terakhir pesawat MH370 adalah di “situ”.. dan di “sini”.. Namun, kami belum menerima berita mengatakan semua penumpang dan krew telah terkorban.

Sekarang ini, ia terus menjadi andaian bahawa “semua krew dah penumpang terkorban”.Pencarian masih belum berakhir dan bagi kami kenyataan ini sangat melukakan hati kami semua yg terlibat.

Kami menerima ucapan takziah daripada semua pihak, tapi kami masih tidak putus asa hingga sekarang.

Kami hanya tunggu jawapan yg betul2 muktamad, dan bagi kami hanya Allah S.W.T yg mampu memberikan jawapan tersebut.

Dan setelah jawapan muktamad tersebut diperolehi, baru kami akan terima dengan pasrah. Kami redha dengan ketentuanNya.

Sekarang, kami akan terus berdoa dan tidak akan berputus asa. Masih ada perkara yg perlu kami tekankan disini :

1) Kotak Hitam (black box) – Tidak dijumpai
2) Bangkai pesawat – Tidak dijumpai
3) Perkara yg disahkan banyak kali “Pesawat dikesan di Lautan Hindi” “Pesawat dikesan di LCS” “Pesawat di Lautan Andaman” dll..
4) Perkara yg menjadi spekulasi byk kali – “pesawat ditembak jatuh” “pesawat terhempas” “pesawat meletup diudara” “pesawat dihijack dan disorok”
5) Negara itu kata jumpa di sini, negara itu jumpa disana. Last sekali berita ini yg keluar.

Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yg dah jadi? Dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal? Beliau sudah ditekan oleh pihak negara yg mmpunyai kuasa lebih besar?

Barangkali untuk tutup rahsia sebelum ia mula terbongkar? Mereka mungkin dah lama tahu dari hari pertama tentang rahsia ini, tetapi kita sebagai org biasa terus disajikan dengan “drama” dan “sendiwara”. Dan akhirnya “emosi” kami terus menjadi santapan mereka.

Saya menulis ini bagi pihak keluarga saya, kerana ini yg terbuku dalam hati mereka ketika semua sedang bersedih dan cuba menerima Qada’ dan Qadar Ilahi.

Hanya satu jawapan saja yg boleh diterima, tetapi jawapan itu sedang dinafikan ketika ini. Ini sebenarnya yg kami tidak boleh terima. Sekian.

read more...

#MH370 : Enough Is Enough!!! BANGSAT LA KORANG!!!




"WE WANT THE TRUTH"

Itu lah laungan yang dipekik-pekikkan oleh sekumpulan pelajar dan warganegara China di depan kedutaan mereka di London. Kepala bapak korang la....

Apa ingat kami rakyat Malaysia ni sukan ditipu ker? Kami bodoh sangat ker? Tak perlu nak tunjuk pandai. Kalau rasa semua maklumat yang diberikan kerajaan Malaysia semua tak betul, korang pergi la siasat sendiri. Cari sendiri.

Buat pasukan mencari sendiri.

Ada orang kisah? Takde punya.....

Yang kerajaan China pun satu, tak boleh kawal atau sengaja tak nak kawal rakyat-rakyatnya ini?






read more...

#MH370 : Realiti Yang China Perlu Tahu - FAKTA!!!




Sepanjang MAS menjalankan operasinya, setakat ini baru 2 kali termasuk tragedi #MH370 yang mengalami kemalangan. Tetapi masyarakat di China telah melemparkan pelbagai tuduhan dan cacian samada ke atas tragedi ini mahupun usaha kerajaan Malaysia mengendalikan usaha mencari dan mengesan #MH370. 





Mengapa dan kenapakah negara China itu sendiri tidak dipanggil PEMBUNUH walaupun telah mengalami berpuluh-puluh insiden yang mengakibatkan kehilangan nyawa?? Ni semua disebabkan ada BATU API yang hasut rakyat China....







Dan apa yang lebih menyedihkan apabila rakyat kita sendiri yang menjadi BATU API TERSEBUT!!










BB : Kalau bukan kita yang mempertahankan negara, siapa lagi?

read more...

#MH370 : Shila Amzah Teruk Diserang!!!




Kasihan juga dengan nasib yang menimpa penyanyi dan komposer muda, Shila Amzah yang semakin hari semakin menunjukkan taring dalam persembahannya.

Disebabkan kemarahan China ke atas Malaysia berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan yang dibuat pihak kerajaan bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi selepas berhari-hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan, tempiasnya turut terkena pada Shila Amzah yang kini masih berjuang dalam program realiti, I Am A Singer terbitan Hunan TV di China.

Begitu juga dengan beberapa penyanyi Malaysia yang terkenal di sana khususnya Fish Leong dan Gray Chaw. Pelbagai kata nista yang telah dilemparkan terhadap anak seni kelahiran tempatan ini termasuklah gelaran pembunuh.

Prihatin dengan sentimen segelintir masyarakat China yang sedang marah kerana beranggapan Malaysia sengaja menyembunyikan fakta sebenar tentang tragedi yang menimpa #MH370 serta tidak percaya bahawa bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi, Sheila Amzah telah menaikkan posting di laman Isntagram peribadinya yang berbunyi: "“MH370 is not my fault...I'm very sorry, please.”

Kenyataan balas Shila Amzah berhubung isu kecaman segelintir masyarakat China ini nampaknya telah mendapat respon 14 ribu peminatnya yang rata-rata adalah daripada negara China sendiri.

Kebanyakan mereka meminta Shila Amzah supaya bertenang dan jangan risau kerana tidak semua masyarakat China yang mengecamnya. Malah, mereka juga memberitahu bahawa mereka memahami apa yang berlaku itu adalah satu tragedi dan ianya bukan salah Shila sama sekali.


Bukan setakat itu saja, mereka juga memberitahu bahawa mereka akan sentiasa menyokong Shila dan berharap Shila tidak akan patah semangat (bukan patah seribu ya) untuk terus melebarkan bakat dan kerjaya seninya di negara republik tersebut.


Suara Politik
Belantan


BB : Hm...Antara maruah, semangat patriotik dan rezeki, yang mana menjadi KEUTAMAAN Sheila?
read more...

VIDEO : UAI Pertahan Raja Bomoh?




Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus mempertahankan tindakan ‘Raja Bomoh’ Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin d dan menyelar pihak-pihak yang menghukum tindakan itu sebagai syirik dan murtad. 

Menurutnya yang lebih dikenali Ustaz Azhar, bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan traditional tidak semua tindakan itu boleh di anggap haram kerana ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad saw. 

“Bomoh (ini) bukan makna syirik. Bomoh bermakna pengamal perubatan tradisional, adakala syirik adakala tak. Kalau dia baca ayat al-Quran tiup di air, suruh mandi (itu pun dikategorikan sebagai) tok bomoh juga, orang tak panggil doktor betul tak? 

“Dah haram tak buat macam tu? Sunnah nabi (saw), baca ayat al-Quran baca Al-Fatihah tiup di air, faham?” soal beliau ketika menjawab pertanyaan yang dibangkitkan.

Tindakan Ibrahim yang melakukan ‘ritual’ sebelum ini mendapat kritikan hebat dari masyarakat kerana dianggap telah memalukan negara. Ekoran daripada itu, ramai yang melabelkan tindakan tersebut melanggar hukum yang ditetapkan oleh agama. 

Selain, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mufti Perak, Tan Sri Harussani bin Haji Zakaria turut menyifatkan ‘ritual’ Raja Bomoh itu sebagai syirik dan khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam. 

Ustaz Azhar turut menjelaskan, sekiranya bacaan dan bahasa yang digunakan tidak difahami, barulah ia boleh dianggap syirik dan khurafat. 

“Baca yang pelik-pelik, baru tak boleh! Faham? Jangan gaduh nak tuduh orang syirik” ujar beliau lagi. 

Walau bagaimanapun, beliau turut mengakui ritual yang dilakukan sebelum ini memang agak memalukan, namun masih boleh dimaafkan. 

“Yang tikar terbang tikar terbang lah, tapi jangan kita kata syirik. Kalau benda tu maknanya nakal, memang nakal. Makna bodoh pun boleh tapi jangan tuduh syirik sebab syirik ni dosa yang sangat besar, faham? Biar kita ada ilmu nak kata syirik, takut balik ke kita semula. 

“Jangan gaduh, dengar dia ada puja tak? dia ada sebut nama jembalang tak? ada bangkitan nama yang mengarut-ngarut tak? kalu macam tu, (tidak) syirik, faham? Orang sekarang dia terus kata syirik, dah dia baca apa? kalau dia baca ayat al-Quran, boleh tak? boleh!” bidas beliau lagi.

-Suara.tv


read more...

VIDEO : Aksi Terlampau Krew Air Asia Dalam Pesawat!!!



Apa Dah Jadi? Air Asia Please Jawab!! 

Ini Bukannya Pub, Ini Dalam Pesawat!!! Adakah Termaktub Dalam SOP Penerbangan?


read more...

# MH370 : Lagi Penemuan Terbaru Satelit!!


Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.

Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.

Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.

Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan satelit Perancis mengesan 122 imej dalam kawasan carian, yang berkeluasan lebih besar sedikit daripada Sabah.

Operasi mencari yang membabitkan pelbagai negara yang disambung pagi ini, dibatalkan selepas kira-kira empat jam kerana cuaca buruk di kawasan tersebut. Kapal-kapal, bagaimanapun, kekal berada di lautan itu.

The Nation melaporkan bahawa Thaichote adalah satelit 'remote sensing' untuk pemantauan sumber asli.



read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top