Nuffnang

AIR : Singapura Kantoi!!



JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor menyangkal pendapat Singapura yang mengatakan ia telah kehilangan hak untuk menyemak semula harga air mentah dibekalkan kepada republik itu di bawah Perjanjian Air 1962.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata, perjanjian itu memberi hak kepada Johor dan Malaysia untuk menyemak harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura.

"Jabatan Peguam Negara telah memberikan pandangan bahawa kita tetap mempunyai hak untuk menyemak semula harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura itu.

"Kita tidak bersetuju dengan pandangan Singapura yang mengatakan kita telah telah kehilangan hak itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Luar republik itu K. Shanmugam di Parlimen Singapura semalam bahawa Malaysia telah kehilangan haknya selepas tidak berbuat demikian pada 1987. - Bernama
read more...

LIWAT!!! REAKSI SAIFUL BUKHARI DENGAN PENGHAKIMAN KE ATAS ANWAR!!!



Individu yang paling menjadi perhatian dengan keputusan kes liwat di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini pastinya mangsa liwat itu sendiri, Saiful Bukhari Azlan. Saiful, selepas mengetahui keputusan mahkamah tersebut telah menulis di blognya yang menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan berkat istiqamah beliau selama 6 tahun, kebenaran akhirnya bersama beliau.




Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah hari ini yang memihak pada saya.


Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya.

Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya. 

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.



read more...

ANWAR BERSALAH!!! Laporan Penuh Kes #LIWAT Anwar


Panel 3 hakim mahkamah rayuan memutuskan Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari. Bukti sampel Air Mani Anwar Ibrahim yang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari menjadi bukti penting bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan seks luar tabii ke atas Saiful Bukhari.

Malah peguam Anwar Ibrahim Karpal Singh tidak membantah penemuan air mani tersebut dan mempersetujui bahawa air mani yang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari adalah milik anak guamnya. Sepanjang perbicaraan juga Karpal Sigh hanya mempertikaikan cara penyimpanan air mani tersebut sewaktu kes di mahkamah tinggi berlangsung.

Bukti DNA Air Mani Anwar Ibrahim dalam dubur Saiful Bukhari serta keterangan yang bercanggah tertuduh Anwar Ibrahim pada mahkamah tinggi yang lalu membuktikan liwat telah berlaku.




Laporan 1

3 panel Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan mensabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman Putrajaya sebentar tadi.

Prosiding mendengar rayuan dari pasukan pendakwaan ditetapkan bermula semalam hingga hari ini.Hakim menerima rayuan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Memandangkan waktu pejabat sudah hampir berakhir,agak sukar untuk pasukan pembelaan Anwar diketuai peguam Karpal Singh untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Ini bermakna, hari ini Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dihantar ke penjara pada hari ini sebelum pasukan pembelaan boleh memfailkan prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan - sumber

Laporan 2

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga Hakim itu belum lagi menjatuhkan hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Dengan keputusan ini kerjaya politik Anwar Ibrahim kelihatan berakhir, beliau akan hilang semua kelayakkan dan kedudukan politiknya.

Dan tidak akan menjadi calon PKR di Kajang pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini..

Sebahagian dari laporan langsung oleh Malaysiakini..

4.52pm: Persidangan mahkamah bersambung semula selepas rehat selama satu jam, dan dijangka akan menyampaikan keputusan. 

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar duduk bersama tiga orang adiknya berhampiran ibu mereka Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. 

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi mengetuai panel hakim, yang dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh. 

4.55pm: Hakim Balia Yusof berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Mahkamah mendapati Anwar bersalah. 

4.57pm: Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya. 

“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu. 

“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul. 

"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel. 

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan. 

“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).” 

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing. 

“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”. 

5:03pm: Karpal memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan. 

5.06pm: Shafee membantah dan berkata rayuan telahpun tertangguh. 

5.08pm: Karpal membalas, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain. 

“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya. 

5.11pm: Justice Balia berkata, “Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam.” 

Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (mitigasi) sekarang.” - MK

Laporan 3

Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar dijangka akan dikenakan hukuman penjara yang lebih lama selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya.

Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Keputusan hari ini adalah sebulat suara di kalangan tiga hakim itu.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.

Dengan hukuman ini, masa depan polik Anwar hampir berakhir. Dia tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon PRK Kanag yang akan diadakan 23 Mac ini.

Dalam respons segera, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini".

Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal.

"Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya.

Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: 

"Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?"

Ekoran keputusan itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.

Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning.

Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, semasa menyampaikan keputusannya, berkata, semua tertumpu kepada bukti DNA.

"Kami telah mengkaji bukti yang diberikan oleh IO Jude Blacious. Apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan meletakkan penanda pada setiap sampul surat.

"Perubahan berlaku kepada plastik bag dan bukan bahan bukti. Mohor ke atas sampel adalah utuh dan tidak ada perubahan pada sampel," kata hakim itu.

Katanya, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan perubahan berlaku pada beg plastik sahaja.

"Kami dapati tiada sebab hakim itu lari dari penemuan awalnya (memanggil Anwar membela diri)."

"Kami dapati hakim yang bijaksana telah salah dalam penghakimannya dalam isu integriti sampel itu.

"Kami benarkan rayuan ini dan mendapati (Anwar) salah sebagaimana didakwa," katanya.

Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk menimbang rayuan untuk meringankan hukuman selepas mahkamah berehat satu jam.

Sebelum itu peguam Karpal Singh meminta ia dibuat minggu depan namun dibantah oleh Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang meminta ia dibuat hari ini juga walaupun tidak bersedia.

Selepas berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak lalu Anwar bangun dan berkata "Kita buat sekarang."– MI

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka terbabit perhimpunan haram berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat bekas pembantunya.

Khalid berkata sebarang bantahan melalui perhimpunan haram di jalan raya tidak dibenarkan sama sekali dan polis akan memantau keadaan di seluruh negara serta akan mengambil tindakan tegas mengikut perundangan.

“Saya menyeru kepada pihak tertentu supaya bertenang dengan apa juga keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat.

“Saya meminta supaya tidak ada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan haram untuk membantah kerana ini adalah proses perundangan dan apa juga tindakan bantahan perlu dibuat di mahkamah,” katanya.
read more...

SEBAB ULTRAMAN DIHARAMKAN!!! Orang Islam Perlu Tahu!!!


Mula-mula terkejut dan nak tergelak juga selepas terbaca tajuk sebuah portal online yang menyatakan bahawa siri pahlawan super komik "ULTRAMAN" diharamkan oleh KDN. Apa, dah takde kerja lain ker pegawai-pegawai di KDN tu sampai komik "kegilaan" penulis ini pun kena "Banned?"

Belek punya belek, google punya google akhirnya TERJAWAB la persoalan yang bermain di fikiran. 




Kalau dilihat kepada semua terbitan dan posting di blog atau portal pro pembangkang, tindakan oleh KDN ini ternyata menjadi bahan jenaka dan mainan mereka... Dan kalau sesiapa sekali pun yang tidak menyiasat atau menyemak terlebih dahulu kenapa tindakan ini diambil oleh KDN, pasti momokan ini akan terus disambut dan dipersendakan.

Turut sama hentam KDN ialah Datuk Saifuddin Abdullah yang terkenal sebagai seorang wakil Pakatan Rakyat dalam UMNO.

Sangat pelik bin ajaib apabila media pembangkang sangat berminat mempertahankan buku ultraman ini.

Kenapa penting sangat buku ultraman kepada puak pembangkang?

Kenapa mereka seolah-olah menjadi gila dan mabuk apabila buku itu diharamkan.

Rupa-rupanya, usaha puak syaitan yang ingin menyesatkan anak-anak orang Islam telah dihalang. Sila baca sebahagian daripada kandungan buku Ultraman tersebut.





Namun, semua ini terjawab dengan PENCERAHAN di bawah ini.




Astaghfirullah al azim.....

Huh!!! Sampai ke tahap ini umat dan agama ISLAM dipersenda dan dipermainkan!!!! MELAMPAU SUNGGUH!!!

Kepada umat ISLAM, berhati-hatilah dan jangan mengetawakan tindakan yang diambil ini tanpa mengetahui pucuk pangkal asas tindakan oleh pihak KDN. Takut-takut tergelincir iman kita.

BB menyokong penuh tindakan yang diambil oleh KDN ini. Malah, sepatutnya disiasat siapa penulis, penterjemah dan penerbit siri komik ini dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Takkan menulis dengan tanpa NIAT kan?

Siri Ultraman Ni Tak Salah, yang salah 3 kategori manusia yang disebutkan di atas tadi.

Lu pikir la sendiri....

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, pengharaman komik 'Ultraman The Ultra Power' adalah berikutan kandungannya yang merujuk watak Ultraman King sebagai Allah.

Menurut kenyataan KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.

"Perintah larangan terhadap bahan penerbitan itu disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah, yang disamakan dengan Ultraman King.

"Kalimah Allah juga adalah kalimah suci bagi umat Islam dan merupakan kalimah sensitif serta boleh mencetuskan provokasi bagi penganutnya, sekiranya disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut jika tidak dibendung, perkara berkenaan boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.
read more...

EKSKLUSIF!! VIDEO Temuramah SITI KASSIM - Ramai Dah Melayu Ni Yang Sokong!!!

"Mungkin Saya Boleh Bercakap Dalam Bahasa Mellayu Ya...Takut ada Pula Yang Tidak Fhaham..."

Siti Kasim hadir membawa bunga sebagai lambang keamanan mendakwa, tindakan kira-kira 3000 orang yang berhimpun tersebut adalah sia-sia kerana tidak semua bangsa melayu di negara ini menyokong tindakan mereka.





Beratus penyokong beberapa pertubuhan Islam serta individu hari ini telah berhimpun dan berkumpul sebagai satu bentuk bantahan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada 5/3/2014 .

read more...

DITAMPAR ATAU DISALAM Dengan Telur, Apa Pengertian Buat @teresakok


MALAM tadi, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berceramah di pekan Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Kemudian kecoh mengatakan dia telah ditampar sewaktu berceramah, namun ia kemudian dipastikan tidak berlaku.

Sebaliknya difahamkan seorang lelaki yang tidak dikenali telah dikatakan bersalam dengannya sambil memegang sebiji telur.

Ini tweet dari twitter rasmi beliau;



Dibaling Telur Atau Ditampar, Harap Ia Akan Memberi Peringatan Di Atas Keceluparan Beliau Ketika Mengeluarkan Kenyataan. Ya...Kita Negara Demokrasi, Namun Berpada-Pada La...
read more...

GEMPAR!!! Anak Saudara Timbalan Menteri Terjun Jambatan Kedua P.P!!

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Menurut Lai Fah Hin lagi, mangsa dikatakan terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang baru dirasmikan Sabtu lalu dengan niat membunuh diri.

Tambah beliau, mangsa telah diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500m daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top