Pemergiannya ke Umrah bersama ahli keluarga pada 31 Januari lalu telah membuka hati pelakon Rabecca Nur Al-Islam untuk melakukan penghijrahan dengan mengenakan hijab.
"Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab," ujarnya yang dipetik daripada sebuah portal berita.
Rabecca juga menjelaskan penghijrahannya ini mendapat sokongan penuh daripada suami dan menjelaskan kehidupannya kini lebih tenang.
Tahniah ucapkan kepada Rabecca. Semoga keputusan yang diambil ini akan berkekalan dan seterusnya menjadi contoh yang baik kepada semua.
Whatsapp, telegram, FB, Twitter, blog dan pelbagai lagi media telah dipenuhi dengan gambarnya. Seorang gadis yang dikenali sebagai Dilla dikatakan telah menjadi mangsa fitnah di laman FB yang dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh (AAS).
Di dalam posting di FB tersebut, gambar beliau dipamerkan dengan nama Hanis Suraya dari Kuala Pilah yang mempunyai karakter yang sangat garang dan mudah cemburu. Beliau dikatakan sedang mencari pasangan yang sangat penyabar dan wang hantaran yang ditetapkan ialah sebanyak RM160,000.00.
Posting tersebut telah tersebar di laman sosial dan telah mendapat komen yang negatif kerana jumalah wang hantaran yang ditetapkan terlalu tinggi.
Berdasarkan komen Dilla yang berkongsi gambar di Agen Pencari Jodoh (AAS) itu, didapati beliau telah meminta jasa baik kawan-kawan untuk 'report' perkara ini di FB.
Berikut adalah komen Dilla berkaitan perkara ini :
2-3 hari lalu BB ada post gambar di page FB berkenaan status seorang perempuan India yang secara Biadap telah mengguris perasaan orang Melayu dan Islam dengan menghina dan memaki agama Islam Dan Sultan Selangor.
Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Penahanan wanita itu disahkan polis Selangor menerusi status akaun Facebook yang baru dimuat naik sejam yang lalu dengan mengatakan wanita itu ditahan di Sungai Jelok, Kajang.
Menurut laman FB polis itu, semasa tangkapan beberapa peralatan turut dirampas bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Dalam blog berkenaan sebelum ini, wanita terbabit secara terbuka menghina Sultan Selangor dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.
Tindakan wanita itu kemudian menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu laporan polis dibuat.
-- BERNAMA
Posting-posting Melampau oleh Josephine Mary
TAK SABAR UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN SETERUSNYA!!!
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dikatakan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu Mei ini.
Beliau yang menyandang jawatan tersebut sejak 1999 dijangka berundur bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika ini merupakan Ketua Umum parti tersebut.
Perkara itu tidak mengejutkan kerana Wan Azizah pernah melakukan perkara serupa apabila mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh agar Anwar boleh bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihan raya kecil pada 26 Ogos 2008.
Hasrat Wan Azizah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden PKR itu dibayangkan oleh suaminya sendiri dalam wawancara eksklusif yang disiarkan portal The Ant Daily, semalam.
Memetik laporan portal berkenaan, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, Wan Azizah telah membayangkan hasrat untuk berundur sejak setahun lalu.
"Beliau mahu meluangkan lebih banyak masa dengan cucu-cucu dan menjaga datuk mereka," katanya.
Beliau turut menyatakan kesediaannya mempertimbangkan secara serius pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden PKR kerana tiada apa yang boleh menghalang sesiapa pun untuk dicalonkan.
Anwar menambah, majoriti pemimpin PKR juga berpandangan beliau harus bertanding untuk jawatan Presiden parti.
Berhubung jawatan Ketua Umum PKR, beliau menjelaskan, jawatan yang dipegangnya tanpa melalui proses pemilihan itu diberi oleh parti secara mandat.
"Semasa saya dipenjarakan, tiada masalah. Namun kini saya sudah bebas dan sedang menghadapi pertarungan politik.
"Jadi, saya secara serius mempertimbangkan untuk menerima pencalonan sebagai Presiden," ujarnya.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengaku bahawa skrip bagi setiap pelakon dalam video kontroversi ‘Onederful Malaysia CNY 2014’ merupakan ciptaan beliau bersama rakan beliau.
Menurut Teresa, skrip bagi perkataan 'Malaysi' yang dikatakan membawa maksud "Melayu Mati" telah disalah taksirkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya menulis (skrip) bersama kawan-kawan saya.
"Saya tidak pernah menyebut perkataan Melayu langsung dalam video saya ini", katanya kepada pemberita sebelum diminta memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) di sini, hari ini.
Kesemua pelakon video kontroversi ‘Onederfull Malaysia CNY 2014’ hari ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis di IPPKL.
Dalam klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina dan tetamu undangannya itu mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.
Video itu didakwa turut dikatakan menghina kaum Melayu menerusi perkataan 'Malaysi' yang membawa maksud 'Melayu Mati'.
Disamping itu, beliau turut berasa terancam dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu memberi ganjaran sebanyak RM500 sekiranya berjaya menampar beliau.
Jelasnya, sehingga kini beliau terpaksa menyekat nombor yang tidak dikenali untuk menghalang pihak yang tidak dikenali menyerang beliau.
"Selepas menerima ugutan untuk memberi ganjaran RM500 itu, saya banyak menerima ugutan untuk membunuh saya.
"Saya sudah menyekat banyak nombor dan saya sudah membuat laporan polis jadi sekarang siapa yang mahu kacau saya mungkin agak susah," katanya.
Tiada keperluan bagi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengangkat sumpah dengan al-Quran bagi mencari kebenaran berhubung insiden di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin awal bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, sebaliknya pasukan itu akan terus mempunyai keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk melakukan siasatan yang tidak berat sebelah.
“Masalah yang berada di dalam (terowong), mungkin kita perlu tunggu siasatan polis dan kita perlu yakin dengan pihak berkuasa yang mana keputusan yang akan dicapai kelak tidak akan memberi ‘bias’ kepada mana-mana pasukan,” katanya.
Beliau diminta mengulas saranan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said agar pemain T-Team dan JDT bersumpah tentang kejadian tersebut.
Zulkurnain ditemui di sini Isnin selepas menyerahkan insentif kepada atlet Johor yang mewakili negara ke Sukan Sea serta Sukan Para Asean 2013 di Nay Pi Taw, Myanmar.
Seramai 60 atlet dan pegawai sukan Johor yang menyertai kejohanan tersebut menerimainsentif berjumlah RM138,700.
Zulkurnain berkata, keputusan FAM memberikan kemenangan kepada JDT adalah adil kerana ia mengikut peraturan yang termaktub.
Ahmad Said yang amat kecewa dengan keputusan FAM itu baru-baru ini mahu mendapatkan penjelasan sebenar dari pengurusan dan pemain T-Team yang menyaksikan insiden itu dan meminta mereka bersumpah al-Quran di hadapannya.
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM memberi kemenangan 3-0 kepada JDT, sekali gus melayakkan pasukan Harimau Selatan itu ke suku akhir selepas T-Team enggan meneruskan perlawanan separuh masa kedua pusingan kedua Piala FA.
T-Team yang ketinggalan 2-1 enggan meneruskan perlawanan kerana bimbangkan soal keselamatan selepas pemain import pasukan itu Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikatakan dikasari oleh pegawai pengurusan tertinggi JDT di dalam terowong ke bilik persalinan pasukan.
- BERNAMA aGAK-AGAK LA...LEPAS NI SEMUA PEMAIN SKUAD t-tEAM AKAN TUTUP AURAT TAK MASA MAIN BOLA?