Nuffnang

MENTERI BESAR : Saya Akan Berundur Kalau Itu Konsensus PR!!!



Ops...pagi semalam kata tak boleh dan tak mungkin, tetapi petang sudah berubah kenyataan. Macam mana tu? Tak habis-habis mengelamun dari tidur ke Khalid?

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada perbincangan dilakukan pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.

"Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di sini, hari ini.

Buku itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, dengan spekulasi Anwar bakal betanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kajang.

Ini berikutan peletakan jawatan Anggota DUN Kajang Lee Chin Cheh pada Isnin.

Mengulas peletakan jawatan Lee, Abdul Khalid berkata perkara itu sudah dijangka berikutan ura-ura mengenainya didengar sebelum ini.

"Saya tidak terkejut dengan tindakan ADUN (Lee) terbabit kerana ada mendengar mengenainya sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata beliau tidak mengadakan perbincangan dengan Anwar mengenai perkara itu kerana tidak mahu membelakangkan Institusi Raja.

"Sebagai Menteri Besar, kalau apa sahaja nak dilakukan, (saya) perlu mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan (Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya kepada pemberita selepas program penyampaian limau Mandarin kepada orang ramai sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pelabuhan Klang pada Isnin.

Sambil menafikan laporan sebuah portal bahawa beliau mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk membincangkan perkara itu pada Ahad lepas, Abdul Khalid menjelaskan perbincangannya dengan Anwar hanya berkisar mengenai jentera PKR.

Ditanya mengenai desakan sekumpulan pemimpin PKR supaya meletakkan jawatan, beliau berkata:"...(ia) boleh buat tapi perlu melalui proses yang betul."

Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata, "Saya sekarang Menteri Besar, tak payah mempertahankan jawatan. Sesiapa yang berminat pun, dia mesti melalui proses (sewajarnya)."

Menurutnya sesiapa yang mahu bertanding kerusi DUN juga perlulah tinggal di mana-mana kawasan dalam Selangor.

Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan pula berkata berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Menteri Besar Selangor mestilah orang Melayu dan beragama Islam.

Yeoh berkata demikian ketika ditanya mengenai syarat-syarat pelantikan Menteri Besar semasa sidang akhbar bagi mengumumkan peletakan jawatan Lee, Isnin.

Nota: Portal berita yang dimaksudkan ialah The Star Online


read more...

AWAS!! Produk Daging Lembu Dari Australia TIDAK SELAMAT!!


MOSCOW – Pihak Rusia pada hari ini mengenakan larangan ke atas produk sampingan berasas daging lembu dari Australia seperti otak, lidah dan hati kerana didapati menggunakan bahan perangsang pertumbuhan yang tidak selamat.

Sekatan sementara itu juga turut melibatkan negara-negara bekas Kesatuan Soviet iaitu Belarus dan Kazakhstan.



Gambar Hiasan


Australia adalah pengeskport daging lembu ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

Ia mengeksport sebanyak 30,000 tan daging lembu ke Rusia pada tahun 2013.

Menurut agensi berita Interfax, bagi tempoh 10 bulan pertama tahun lalu, Australia mengeksport sebanyak 13,000 tan produk sampingan berasas daging lembu ke negara-negara bekas Kesatuan Soviet dan sebahagian besar diterima Rusia dengan nilai AS$21.3 juta (RM71.3 juta).

Kementerian Pertanian dan Persekutuan Pengawasan Veterinar Rusia ( Rosselkhoznadzor ) berkata, larangan itu dikenakan selepas beberapa sampel yang mengandungi bahan terlarang peransang trenbolone ditemui di dalam produk tersebut.

Ketua Rosselkhoznadzor, Sergei Dankvert memberitahu Interfax larangan hanya melibat produk sampingan berasas daging lembu kerana ia melebihi had yang ditetapkan berbanding daging biasa. 

- AFP
read more...

AMARAN : 3 Armada Perang China Tanda "AMARAN" Buat Malaysia?

BEIJING : Tiga armada perang China telah melakukan rondaan di kawasan perairan James Shoal yang terletak 80km dari sempadan negeri Sarawak yang menjadi tuntutan Malaysia.

Pegawai dan tentera yang bertugas diatas armada berkenaan bersumpah untuk melindungi kedaulatan dalam penyataan terbaru terhadap ketegasan Beijing untuk menuntut hak diatas Laut China Selatan sekaligus menaikkan kembali ketegangan diplomatik diantara Kuala Lumpur dan Beijing. 




Kumpulan armada perang yang dihantar ke perairan Laut China Selatan itu terdiri dari sebuah kapal amfibia bagi tujuan pendaratan, 'Changbaishan', dengan diiringi dengan dua kapal pemusnah, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam satu majlis yang diadakan di kawasan Zengmu Reef, tentera dan pegawai-pegawai diatas kapal telah bersumpah untuk melindungi kedaulatan negara dan kepentingan maritim. Zengmu Reef adalah istilah China bagi merujuk nama kawasan James Shoal.



Kawasan Pertikaian Antara Kuala Lumpur & Beijing


Panglima armada, Jiang Weilie menggesa anggota serta pegawai tentera yang bertugas diatas ketiga-tiga armada tersebut untuk bersedia melawan dan meningkatkan keupayaan dalam pertempuran bagi membantu Beijing menjadi sebuah kuasa maritim dunia.

Sejak akhir-akhir ini, Beijing meningkatkan pengaruhnya di Laut Cina Selatan ekoran tuntutan bertindih selain pertikaian hak maritim di kawasan yang dipercayai mempunyai potensi simpanan minyak dan gas yang tinggi dan Beijing mendakwa mereka memiliki keseluruhan hak kedaulatan diatas laut Cina Selatan.

Pada Mac yang lalu, Kuala Lumpur telah membantah pencerobohan 4 armada China ke kawasan tersebut. Malah dalam 'lawatan 4 armada berkenaan' tentera Cina telah melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kehadiran mereka ke kawasan tersebut. Pada bulan April berikutnya, sebuah kapal Maritim Cina datang kembali ke kawasan berkenaan dan meninggalkan penanda keluli bagi mempertegaskan tuntutan mereka ke atas kawasan tersebut.


Maklumat tambahan : Tiga hari lepas Changbaishan dan dua escort destroyers Wuhan dan Haikou melakukan latihan pendaratan di Paracel Island. kemudian Reuters laporkan 15 jam lepas (tq kepada Mohd Khairil Anuar) Fleet ni dilaporkan melakukan perkara yang sama juga di JAMES SHOAL. Sekali lagi. - Sumber Military Malaysia FB
read more...

BOM!! Gereja Pasang Sepanduk Hina Islam Dibaling Bom Buatan Sendiri!!




Gereja Assumption di Lebuh Farquhar


Kejadian itu berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang kontroversi mengandungi perkataan “Jesus is the son of Allah” (Jesus anak Allah) berdekatan gereja semalam.

Gereja Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang dua biji bom buatan sendiri awal pagi ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, SDCP Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata dua bom buatan sendiri itu dibaling ke kawasan lapang gereja tersebut kira-kira jam 1.30 pagi hari ini.




“Bagaimanapun hanya satu yang meletup, lagi satu jatuh di atas rumput.

“Siasatan awal mendapati dua pemuda bermotosikal telah melakukan jenayah tersebut,” katanya dipetik The Star Online.

Kejadian ini berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang mengandungi perkataan “Jesus is the son of Allah” (Jesus anak Allah) digantung di luar gereja tersebut.

Difahamkan wakil gereja tersebut dan beberapa gereja lain di sekitar kawasan tersebut membuat laporan polis susulan kain rentang kontroversi tersebut yang dipasang di hadapan pintu masuk gereja tersebut.

- AWANI


Adakah perbuatan "provokasi" menyalahguna kalimah ALLAH dan menganggu sensitiviti Umat Islam di Malaysia bebas dari siasatan? Tiada pula dengar tentang siasatan dilakukan ke atas provokasi tersebut. Hmmm.... SEDIH....
read more...

RIDHUAN TEE ABDULLAH : Ini Bukan Soal Rasis, Tetapi Agama Dipersendakan. Di Mana Maruah Kita?

Satu kupasan dan luahan pandangan yang penulis SETUJU 100%. Ini bukan soal rasis. Kalau kita lihat, Dr. Ridhuan Tee sendiri merupakan bangsa Cina yang memeluk ISLAM atau dalam erti kata lain MUALAF.

Tetapi ini melibatkan maruah AGAMA ISLAm yang dipersenda-sendakan yang akhirnya dimaafkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan "pembetulan" atau "pengajaran" sebagai teladan di kemudian hari. Yang paling utama, MEMPERTAHANKAN kesucian agama Islam supaya terus dihormati dan disegani.

Jom kita baca luahan beliau seperti yang dikongskan bersama Sinar Harian :




MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.





Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.


read more...

CIKGU "LEMBU" : Inilah Kenyataan Terbaik Dari KJ @KhairyKJ @Reginalah



Kali ini tanpa segan silu penulis SANGAT SETUJU dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan ini, Khairy Jamaluddin.

Setelah perkara ini menjadi besar dan laporan polis telah dibuat namun sebagai balasan, hanya permohonan maaf yang terpacul keluar dari mulut guru Cina ini. Adakah Kementerian Pendidikan mahu lepas tangan dan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja?

Umpamanya Timbalan Menteri Pendidikan terpaksa menutup mulut atas penghinaan ini. Mungkinkah P. Kamalanathan tidak melihat perkara ini sebagai satu kesalahan memandangkan yang melakukan niat jahat ini adalah seorang guru yang bukan dari bangsa Melayu?

Teringat kes di SK Sri Pristana, Sungai Buloh, Selangor yang mana seorang Guru Besar berbangsa Melayu digantung tugas hanya kerana anak murid berbangsa India makan di dalam bilik persalinan memandangkan kantin dalam kerja baikpulih semasa bulan Ramadhan yang lalu.

Maka, turunlah Timbalan Menteri Pendidikan ini dibawa bersamanya Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mulalah marah-marah P. Kamalanathan sehinggakan Guru Besar sekolah terbabit digantung tugas sehingga kes selesai. Pantas sungguh tindakan Ahli Parlimen Hulu Selangor ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan.

Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng itu, guru Bahasa Inggeris itu mendenda dua murid tahun empat selepas mereka gagal menyiapkan kerja sekolah.

Tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu menyebabkan ibu kedua-dua murid tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungkai, semalam.

Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah esok.
read more...

CCTV : Individu Buang Bayi Dalam Masjid diburu Polis!!!





Kangar – Polis Perlis memburu suspek yang dipercayai dalang dalam kejadian buang bayi di Masjid Alwi di sini Khamis lalu.

Imej suspek dirakam pada kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan kini diteliti polis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan perkara itu dan kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video.

Pihaknya memohon bantuan orang ramai yang mengenali suspek wanita yang dirakam itu agar menghubungi balai terdekat.

Sebelum kejadian dua suspek yang juga pasangan remaja lelaki dan wanita dikesan menumpang di masjid berkenaan.

Imej salah seorang daripada mereka dirakam pada CCTV masjid. -HM



read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top