Nuffnang

FB : Lagi Kebiadaban dan Kurang Ajar Cha Ya Nun Alif!!!



Beginilah kalau kita lembik dan lemah!!! BERSATU? Lagilah Tidak hanya kerana pegangan Politik melebihi SAYANGNYA pada agama.

Sampai Bila?
read more...

LATIHAN UTK : Polis Nafi Pelakon Farid Kamil Diberi Latihan Khas!!!





Macam-macam hal. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.

"PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini dengan apa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan,” katanya melalui laman sosial PDRM malam ini.

Akhbar itu hari ini melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak minggu lalu.

Farid dipetik sebagai berkata dia memohon untuk menyertai latihan itu selama tiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah dan pelakon di negara ini. - Bernama
read more...

MAAF SECARA TERBUKA : Isu Guru Mualaf SELESAI?

KOTA TINGGI – Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seorang guru mualaf sekolah itu yang sebelum ini dilaporkan diugut dan dipaksa membuka tudungnya jika ingin terus mengajar di sekolah itu.
Pengerusi sekolah itu Phang Ah Ngang, 72, bersama guru besarnya, Chiew Swee Tuan memohon maaf kepada guru berusia 25 tahun itu, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi dekat sini.



Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Cheiw Swee Tuan (kiri) bersalaman dengan guru mualaf sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman (belakang, kanan) di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi di sini hari ini.







Ia dilakukan di hadapan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supritendan Rahmat Othman serta Penghulu Mukim Johor Lama Mohd Nazri Kasmin dengan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Mohamad Fadil Ishak.
Dalam satu kenyataan, Phang berkata beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara peribadi kepada guru berkenaan serta masyarakat Islam Kampung Teluk Sengat dan masyarakat Islam di negara ini amnya.
“Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia,” katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya.
Sementara itu Chiew berkata sebagai guru besar sekolah itu, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan ataupun mana-mana pelajar Islam di sekolah itu memakai tudung.
Menurutnya sebagai rakyat Malaysia yang hidup dengan pelbagai kaum dan agama, beliau memahami sensitiviti terhadap perkara itu dan faham memakai tudung adalah wajib untuk wanita beragama Islam.
“Sebagai guru besar, saya pasti menghormati agama Islam, guru serta murid beragama Islam tanpa mengira kaum.
“Sebagainya penjawat awam pula, saya berjanji akan mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati.
“Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata yang tidak munasabah yang diperkatakan sebelum ini secara tidak sengaja sehingga menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf,” katanya.
Guru mualaf yang terlibat pula berkata beliau menganggap kes itu telah selesai dengan permohonan maaf yang dilakukan secara terbuka oleh pihak pengurusan sekolah pada hari ini.
Katanya, beliau berhasrat untuk menumpukan perhatiannya pada karier sebagai pendidik dan seorang muslimah sejati.
“Saya terima permohonan maaf ini dengan hati terbuka dan tidak mahu melanjutkannya lagi dan berharap semua pihak yang telah mengambil berat tentang perkara itu sebelum ini supaya tidak lagi memperbesarkan kes ini memandangkan ia isu yang sensitif,” katanya yang bakal mendirikan rumah tangga pada bulan depan.
Sementara itu, Rahmat berkata polis telahpun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu dan akan menyerahkannya untuk dipertimbangkan pejabat Timbalan Pendakwa Raya sama ada pertuduhan akan diteruskan atau sebaliknya.
“Kita berharap kes ini selesai namun selagi mana pihak pengadu tidak menarik balik laporan kes ini selagi itu kes ini berjalan,” katanya. – Bernama
read more...

KANTOI!! Guru Besar Dan Guru Berzina Dalam Kereta!!!






KOTA BHARU – Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama. 

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan. Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu.

Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan. Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.-SH
read more...

SELESAI : Kes Bunuh 3 Beradik di Kedah - Polis Kedah




ALOR SETAR: Polis Kedah dapat menyelsaikan kes pembunuhan tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada November lepas berikutan penemuan beberapa bahan bukti fizikal.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis menemui bukti itu selepas membawa dua suspek lelaki berusia 19 tahun, yang ditahan pada Rabu lepas, ke tempat kejadian di Alor Senibong di sini petang semalam. 

Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai penemuan bukti itu oleh sepasukan anggota Unit Forensik. 

"Kita akan membuat siasatan lebih rapi untuk kumpul semua bukti fizikal yang ditemui sebelum membuat pendakwaan di mahkamah. Saya tidak boleh beritahu apa bahan bukti kerana tidak mahu menjejaskan proses pendakwaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Ahmad berkata, dua suspek itu dikatakan mengenali mangsa kerana jarak rumah suspek dan mangsa ialah kira-kira 150 meter.

Beliau berkata, mereka ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara 5.30 petang dan 11 malam pada Rabu lepas, hasil maklumat awam. 

"Seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah pecah rumah dan dadah," katanya. 

Kedua-dua suspek yang menganggur ditahan reman bermula semalam hingga 22 Jan ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 Nov lepas manakala mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka, pada keesokannya. 

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira 7.30 malam pada 29 Nov lepas untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam, yang berdekatan dengan kampung mereka. 

Namun, mereka tidak pulang ke ruma sehinggalah mayat mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati. - Bernama
read more...

Majlis Fatwa Kebangsaan Setuju Dengan Tindakan JAIS, Tidak Perlu Pulangkan BIBLE



Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan Berhubung Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
 

1. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 15 Januari 2014 memandang serius dan amat kecewa apabila para ulama dilempar dengan kata-kata kesat dan diperlekehkan hanya kerana pandangan atau hukum yang dikeluarkan tidak memenuhi kehendak atau memihak kepada golongan tertentu. Sikap tidak menghormati pemimpin (umara) semakin menjadi-jadi seolah satu trend dan budaya masyarakat Islam di Malaysia sejak akhir-akhir ini.
 
2. Muzakarah juga mengingatkan seluruh umat Islam dan juga bukan Islam bahawa apabila sikap saling hormat-menghormati semakin terhakis, ulama serta umara dicela dan tidak dihormati maka bibit-bibit pergolakan akan mula dirasai. Kita tidak mahu pergolakan dan pertumpahan darah yang berlaku di sesetengah negara berlaku di negara kita Malaysia.
 
3. Muzakarah meminta seluruh umat Islam supaya sentiasa menjaga keharmonian dan kedaulatan negara kerana Islam mewajibkan seluruh umat Islam agar bersatu dengan mentaati Allah, Rasul dan pemimpin yang dilantik secara sah oleh rakyat. Perbuatan mencela pemimpin kerana tidak berpuas hati dengan keputusan atau tindakan kerajaan tidak boleh dipandang remeh kerana ia akan menimbulkan fitnah, kekacauan dan mengganggu kestabilan sesebuah negara.
 
4. Islam membenarkan setiap rakyat untuk menasihati pemimpin namun tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar tersebut perlu dilakukan mengikut adab dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.
 
5. Muzakarah juga menasihatkan para pemimpin supaya sentiasa sensitif terhadap kemaslahatan rakyat kerana dalam kaedah fiqh iaitu keputusan pemimpin adalah bergantung kepada kemaslahatan rakyat. Pemerintah perlu menggunakan segala kebijaksanaan dan hikmah dalam menangani apa juga isu yang berlaku.
 
6. Muzakarah Khas pada hari ini juga menyokong tindakan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah. Tindakan serbuan yang dilakukan adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan titah Tuanku Sultan Selangor, dan buku-buku yang dirampas tidak perlu dipulangkan.
 
7. Muzakarah juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolemikkan isu-isu sensitif seperti tindakan Jais dalam menguatkuasakan fatwa penggunaan kalimah Allah dan menjadikan agama sebagai umpan politik. Muzakarah menyeru seluruh umat Islam supaya menghentikan tindak tanduk seumpama ini demi menjaga kedaulatan agama, perpaduan ummah dan keamanan negara.
 
Sementara itu, difahamkan, Jais masih menjalankan siasatan terhadap kenyataan Pengarang The Herald, Lawrence Andrew mengenai gereja Katolik di Selangor yang akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya selepas ini.
read more...

UGUTAN DAN HASUTAN : Jika Dibuat Suka-Suka Boleh Dibebaskan?

Bila seorang remaja bernama Ismawi yang berusia 25 tahun memuat naik posting di laman Facebooknya menghasut orang ramai untuk turun ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam 31 Disember 2013 lalu bagi maksud "mengguling kerajaan", tiada sesiapa pun yang tahu (kecuali Allah SWT) apa niatnya yang sebenar.

Kini setelah dia ditangkap (pada 26 Disember lalu di Kampung Karambut, Saratok, Kuching, Sarawak) dan ditahan reman selama 10 hari oleh pihak polis bagi tujuan siasatan, Tan Sri Abdul Gani Patail (Peguam Negara/Pendakwa Raya) mengumumkan bahawa prosiding jenayah tidak akan dijalankan terhadapnya.




Mengikut Abdul Gani, siasatan polis mendedahkan Ismawi tidak menerima apa-apa sokongan daripada rakan Facebooknya; sebaliknya remaja ini dihentam dan dikritik disebabkan kenyataannya itu. Dia juga khabarnya "tidak mempertahankan dirinya malah mengalah sebaik sahaja menerima maklum balas negatif daripada pengikutnya", kata Abdul Gani lagi.

Menjelaskan keputusannya untuk tidak mendakwa remaja itu baru-baru ini, Pendakwa Raya menyatakan Jabatan Peguam Negara telah mengambil kira "semua faktor berkaitan kes ini", sambil memandang serius kesalahan yang dilakukan.

"Bagaimanapun, sebagai Pendakwa Raya, saya mempertimbang kenyataan Ismawi yang menunjukkan beliau sudah insaf selain memohon maaf kepada orang awam," jelas Gani dalam kenyataan rasminya baru-baru ini.

Pada Sabtu, 4 Disember lalu, Ismawi telah memohon maaf dan berkata dia telah membuat posting dalam Facebooknya itu "hanya untuk suka-suka" tanpa berfikir panjang akan akibatnya.

Ada pihak yang kini mula tertanya-tanya kenapakah Pendakwa Raya menggunakan budi bicaranya untuk tidak memulakan prosiding jenayah terhadap remaja tersebut? Tidakkah perbuatan remaja menghasut orang lain untuk "menggulingkan kerajaan" itu satu kesalahan serius yang sepatutnya tidak begitu mudah untuk dimaafkan? Tidakkah tindakan Pendakwa Raya sedemikian itu seolah-olah memberi isyarat kepada remaja-remaja lain di luar sana bahawa tidak mengapa bagi mereka menghasut orang awam melanggar undang-undang jika perbuatan mereka itu hanya "untuk suka-suka" sahaja?

Tidakkah mesej yang tersirat akibat tindakan terbaru Pendakwa Raya ini seolah-olah menyatakan sekiranya mereka segera bersedia memohon maaf dan menunjukkan bahawa mereka telah insaf, mereka akan dimaafkan oleh Pendakwa Raya?

Salleh Buang (SUMBER)
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top