Nuffnang

MELAMPAU!! Guru Mualaf Diarah BUKA TUDUNG Atau DIANCAM Di SJKC!!!

Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.

Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

Difahamkan, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.




Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.

"Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

"Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.

"Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.- SUMBER




Hmm... kalau semua dah LEMBIK, Beginilah jadinya...... Fikir-fikirkan....
read more...

VIDEO : AMEKKAU!! Peragut Dibelasah Orang Ramai Di Damansara!!!



Insiden ragut yang melibatkan seorang lelaki cuba merampas bag seorang wanita yang baru saja keluar dari premis perniagaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kota Damansara itu menarik perhatian orang ramai untuk datang membantu. Suspek dilihat cuba melepaskan diri dengan melawan orang di sekelilingnya tetapi gagal apabila orang ramai mula membelasahnya bertubi-tubi.




Tidak lama selepas itu, polis tiba di tempat kejadian dan suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. (SUMBER)


SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA!!!
read more...

TAK FAHAM!!! Mengapa Tian Chua "DILEPASKAN" Di Luar Mahkamah?



KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah yang difailkan Umno terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua dan dua individu lagi berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu, Sabah hari ini selesai di luar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop merekodkan penghakiman persetujuan di dalam kamar selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memberitahu pemberita bahawa berikutan persetujuan itu, Umno menarik balik saman itu dan hakim merekodkannya tanpa menetapkan sebarang kos.

Di luar mahkamah, Tian Chua berkata pihaknya kesal dengan penyiaran artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang Umno - Tian' dan ia (artikel itu) bukan berniat untuk membabitkan Umno.

Pada 11 April lalu, Ab Rauf memfailkan saman fitnah terhadap Tian Chua, Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac tahun lepas.

Selain itu, hakim turut merekodkan persetujuan Fazallah dan Aisha untuk menarik balik artikel berkenaan daripada laman web mereka. - Bernama

Eh!!! Senang-senang cam gitu jer LEPAS?

Ada yang MAKAN BESAR ke?
read more...

GEMPAR!!! Timbalan Menteri Diserang!!!




Seorang Timbalan Menteri telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa petang tadi akibat diserang. Timbalan Menteri Tersebut diberitakan telah diserang hari ini oleh seorang lelaki yang tidak diketahui semasa menghadiri satu program di Pusat Khidmat Parlimennya.

Difahamkan penyerang tersebut memegang jawatan dalam Pemuda Umno bahagian. Menurut sumber-sumber yang hadir, Kamalanathan telah bertemu sekumpulan ahli pemuda Hulu Selangor pada jam 2.30 petang sebelum program itu dibatalkan.

Baca lagi DI SINI


read more...

PANASS!!! KJ Balun Pemimpin UMNO. Ramai Dah Goyang?




Satu kenyataan yang KERAS dari KJ.

Dalam menangani pelbagai isu sejak kebelakangan ini, Pemuda UMNO dikatakan kurang bermaya dan lesu hingga ada yang membandingkan Pemuda zaman dahulu, lebih taring dengan peranan sebagai kumpulan pendesak.

Apa pun KJ melihat kegagalan BN kerana program-program yang dilaksanakan lebih kepada memuaskan hati pemimpin dan BUKANNYA rakyat. ANDA SETUJU?




Memang mudah untuk dilafazkan. Tetapi amat sukar untuk memperbetulkannya. Harap KJ dapat BUKTIKAN kata-kata ini bukan sekadar melepas batuk di tangga, sebaliknya bawa dan perkenalkan program yang dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan BN khususnya dari kalangan anak muda.

MASA UNTUK DIBUKTIKAN!!!!

read more...

APA KES? Produk BABI Dijual Terbuka Di Pasaraya!!!





Berita yang diterima ini amat memeranjatkan!! 

Difahamkan salah sebuah pasaraya terkemuka di Jelutong membenarkan perniaga kiosk menjual produk babi. produk berasaskan babi ini dijual di tengah-tengah laluan utama dalam pasaraya berkenaan. Untuk makluman semua premis/kiosk berkenaan telah beroperasi lebih dari 2 tahun. mungkin lebih dari itu.

Jika diperhatikan dimana-mana pasaraya manapun selalunya perniagaan produk berasaskan babi ini diasingkan dan diberi ruang khas. persoalanya dimana sensitiviti pihak pengurusan pasaraya berkenaan? ini persoalan babi yang dijual di tengah jalan. Adakah pihak berkuasa tempatan mengambil sikap sambil lewa untuk kuatkuasakan undang-undang? Darimana kiosk berkenaan mendapat kebenaran untuk beroperasi secara terbuka ataupun sudah di beri arahan oleh tangan-tangan belakang kerajaan DAP Pulau Pinang menghalalkan perniagaan babi di tengah jalan ini.? 

Kebiasaan dalam premis berkenaan dalam suasana berhawa dingin bertutup sudah pasti bau aroma babi itu menusuk ke hidung pengunjung-pengunjung pasaraya tersebut. Jangan jadikan isu ini menaikkan kemarahan umat islam di negeri berkenaan khasnya.

Pihak pasaraya harus mengubah kiosk di tempat khas non halal serta merta. Jika tindakan gagal diambil, pihak berkuasa tempatan wajib ambil tindakan! Sita kisosk dan lesen perniagaan ditarik serta merta. - (SUMBER)

Tapi maaf cakap la, Penang kan negeri di bawah pemerintah yang kononnya mengamalkan pemerintahan "Khalifah Umar". Puii!!!! Zikir dan bacaan tahrim serta ayat suci al-qur'an pun tak dibenarkan dibaca secara kuat menggunakan pembesar suara, tulisan jawi di sekolah dibantah. 

Yang bestnya! tulisan mandarin pula digunakan di Stesen minyak Petronas!!!

Apa alasan? Ramai sangat bangsa Cina di kawasan tersebut ke? Sejak bila bahasa Mandarin menjadi BAHASA RASMI P. Pinang?

MELAYU MUDAH LUPA... TAPI DALAM KES INI, MELAYU HANYA MAMPU TENGOK SAJA!!!
read more...

KANTOI!!! Budak Sekolah Buat "PROJEK" Dalam Tandas





Tenom – Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin. 

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.

“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.

“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.

“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. Difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.-HM


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top