Nuffnang

Krismas : YB PAS Berucap Di Gereja. SYABAS!!!








Hmmm..... Tak tahu nak komen ape. Mohon PENCERAHAN bagi yang arif.

Ini pula video penjelasan dari UAI :





Al Bukhari berkata :"Ibn Abbas pernah solat di dalam bi'ah yang ada patung. Umar pernah menerima surat dari Najran yang melaporkan bahawa penduduk di sini tiada tempat yang paling bersih dan baik berbanding bi'ah (gereja).

Lalu Umar membalas surat itu :"Basuhlah dengan air campuran daun bidara dan solatlah di situ."

Manakala dinukilkan pendapat daripada Ulama Hanafi dan Syafie bahawa makruh solat di dalamnya secara mutlak.

Atas asas ini, masuk bukan dengan tujuan solat tidak haram seperti untuk menyaksikan majlis perkahwinan dan takziah kematian. Dan syarat yang asasi adalah tidak melakukan sebarang upacara keagamaan yang bertentangan syariat. 

Walau bagaimana yang lebih patut ialah tidak memasukinya melainkan ada keperluan seperti demi menjaga hubungan baik dengan rakan atau jiran, ataupun sebagai mencegah berlaku sesuatu yang tidak diingini .
read more...

TRAGEDI!!! Kanak-Kanak Mangsa Dera Pusat Jagaan Meninggal Dunia!!


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera di pusat penjagaan di Kuantan, Pahang.

Norain Natasyah Abdullah meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur pagi Isnin selepas dihantar ibunya, Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri.



Gambar Hiasan


"Doktor memberitahu keadaan Norain tenat selain otaknya tidak ada oksigen," katanya yang telah berpindah ke sini.

Zuraidah berpisah dengan suaminya berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu dihantar ke pusat penjagaan itu bersama empat lagi anaknya selama tiga tahun.

Zuraidah, 31, berkata, abangnya pernah memberitahunya Norain sering didera ketika dihantar ke pusat penjagaan tersebut.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Salak Selatan petang tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Khairi Ahrasa berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

read more...

GAGAL!!! Tembakan Polis Selamatkan Rumah Timbalan Menteri Dari Dirompak!!!





Niat dua orang pencuri untuk memecahmasuk ke dalam rumah Timbakan Menteri KDN Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang terletak di jalan Tengah berdekatan dengan Bandaraya Kuching pada awal pagi tadi tidak kesampaian apabila kehadiran mereka di sedari oleh pihak keselamatan.

Adalah di fahamkan, kejadian berlaku lebih kurang jam 3.15 pagi semasa dua orang anggota PGA dan tiga orang anggota rela meronda berdekatan rumah tersebut sebelum terserempak dengan dua orang lelaki bertopeng telah masuk kedalam pagar kawasan rumah berkenaan.

Apabila diarah untuk menyerah diri kedua saspek yang masing-masing bersenjata parang terus meluru kearah mereka dan salah seorang anggota PGA melepaskan tembakan ke udara menyebabkan kedua-dua saspek melompat keluar pagar dan melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Pemeriksaan lanjut oleh anggota PGA telah menjumpai satu alat pemotong besi, satu besi berhulu kayu dan beg sandang hitam yang ditinggalkan oleh saspek.

Timbakan Menteri KDN Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini berada di London, United Kingdom mengesahkan kejadian apabila dihubungi.

- SUMBER


read more...

TRAGEDI!!! Bayi Maut Bapa Terlepas Dukungan!!!



KUANTAN: Seorang bayi lelaki maut setelah terlepas daripada dukungan bapanya dari tingkat empat perumahan polis Bukit Pelindung di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, bayi berusia tujuh bulan Mohd Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan terlepas daripada dukungan bapanya yang ketika itu turut memegang bungkusan sampah.

Bayi malang itu dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan namun dia disahkan meninggal dunia, katanya.

Difahamkan mangsa merupakan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters berkenaan.

Abdul Aziz berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.


read more...

MUSYKIL!!! Malaysia Benarkan Demo? NGO Haram Pula Tu!!!!



Majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman selama tujuh hari terhadap Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi. 

Peguam Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi ketika dihubungi Harakahdaily menjelaskan pihaknya telah berhujah bagi membantah permohonan pihak polis itu kerana alasan yang tidak munasabah. 

"Sebentar tadi kita telah berhujah di hadapan majistret apabila pihak polis memohon untuk menahan reman Azan selama tujuh hari.

"Hujah yang kita berikan adalah penahanan tersebut tidak munasabah dan kita meminta agar pihak polis membebaskan tahanan tersebut. 

"Majistret telah menerima alasan yang kita berikan dan membenarkan pihak polis melengkapkan proses mengambil keterangan sebelum Azan dibebaskan," katanya. 

Sebelum itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) telah bertindak bagi membantu Azan. 

Azan telah ditahan oleh pihak polis kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru. 

Beliau ditahan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan seksyen 124C Kanun Keseksaan. ~hrkh

BB : Hmmm...... komen karang kata hina mahkamah pula, diam je la. Tapi tetap musykil beb!!!!
read more...

LAGI PETANDA?? Ribuan Kerang Pula?? HARAKAH KANTOI PENYEBAR BERITA DUSTA!!!




Hari ini penduduk di Lahad Datu dikejutkan dengan fenomena ikan naik ke darat. Di satu sudut bumi Allah swt yang lain kelihatan berjuta kerang pula yang naik ke darat.

Lokasi masih belum dapat disahkan namun ada yang mengatakan ianya berlaku di Dumyat, satu daerah di Mesir.

Wallahualam.

Sesiapa ada info sahih minta info in bahagian komen.

Oh ya...Harakahdaily telah muat naik foto yang sama dan mendakwanya mendarat di Lahad Datu!

Jadi terpulang kepada pembaca untuk menilai mana satu yang benar ya...

- SUMBER





Adakah ini petanda? Petanda kepada KEBESARANNYA YANG MAHA ESA atau petanda kepada HARAKAHDAILY penyebar berita tanpa usul periksa?

Semak punya semak akhirnya...

Hari ini kreditbiliti Harakah tercalar bila mana admin fanpage facebook HARAKAH menipu pembaca dan pengikutnya dan yang amat menyedihkan hampir 14k orang tertipu dengan admin harakah tersebut. Kejadian sebenar fenomena itu bukanlah di Lahat Datu atau sekitar Malaysia akan tetapi ia belaku di Mesir.

Di sini admin kongsikan dari mana gambar tersebut diperolehi :






Nampak sangat Harakah jenis tabur berita tanpa usul periksa..Dah tu curi gambar tak creditkan pada tuan tanah kah kah kah...Tengok POSTER TAPAK KAKI diaorang bawah nie....Ajar orang supaya buat dosa macam macai2 mereka!!!...kah kah kah.



read more...

GEMPAR!!! Video Dan Gambar : PETANDA Tsunami Di Lahad Datu, SABAH?



SUBHANALLAH!!!

Heboh ketika ini di Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan. Ramai yang mengatakan fenomena pelik ini menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bakal terjadi tidak lama lagi di kawasan tersebut.

Sebelum ini, Kejadian Tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam tersebut. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai.

Yang amat pelik, Ribut Greg yang mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah juga berlaku pada 26 Disember 1996

Kejadian ini pula berlaku pada 24 Disember 2013. Adakah tanda-tanda yang berlaku di Lahad Datu ketika ini juga akan terjadi kejadian bencana alam pada tarikh yang sama, 26 Disember kejadian-kejadian bencana yang besar sebelum ini berlaku? Wallahualam....






Video Kejadian 24/12/2013 di Lahad Datu Pulau Tambisan. 


Minta Dijauhkan...


AMARAN ANGIN KENCANG

Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang diramalkan sejak Selasa lepas dijangka berterusan ke hari ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj juga dijangka berlaku di perairan Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, bot-bot kecil, rekreasi laut dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu, amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dan dijangka berterusan sehingga awal malam hari ini.





read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top