Nuffnang

HISH!!! Bayi Perempuan 9 Bulan Dirogol!!




Satu lagi serangan seksual, kali ini melibatkan bayi sembilan bulan.

Ibu berusia 27 tahun dari Taman Desa Ria di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa bahawa dia mendapati kesan darah pada lampin anaknya di rumah mereka pada malam Selasa.

Ibunya yang bekerja sebagai kerani, terkejut dengan penemuan itu terus memeriksa seluruh tubuh badan anaknya dan mendapati darah keluar dari alat kelamin.

Bayi perempuan berkenaan sebelum itu telah dihantar ke rumah jirannya pada jam 8:30 pagi.

Semasa pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, doktor mengesahkan bahawa anaknya telah di'tebuk'.

Dia kemudian terus membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada malam yang sama.

Ibu bayi bekenaan telah menghantar anaknya ke rumah jirannya sejak lahir dan serangan itu mungkin dilakukan oleh seorang remaja yang mungkin telah menonton filem-filem lucah di laman web yang boleh didapati secara meluas di Internet.

read more...

GADIS PLAYBOY Malaysia Kini Selesa Berhijab!!!





Langkah bertudung Playboy Bunny pertama warganegara Malaysia dan model, Felixia Yeap mengejutkan ramai orang walaupun beliau bukan seorang Muslim, malah peminatnya melabel tindakan tersebut sebagai "aksi publisiti".

Jelitawan 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu bagaimanapun tidak mengendahkan sebarang kesangsian dan kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak beliau mula memakai hijab beberapa bulan lalu."Mereka berkata saya lakukan ini bertujuan mencari Datuk Melayu kaya untuk berkahwin."Jika saya mahu mencari seorang lelaki kaya, saya sudah lakukannya sejak dahulu lagi ketika saya masih aktif sebagai model yang sentiasa memberi pose seksi.

Kritikan mereka tidak logik. Apa yang saya mahu lakukan ialah untuk lebih banyak menutup dan melakukan peragaan yang lebih sopan," kata beliau kepada The Malaysian Insider.Menjelaskan tindakan beliau lagi, Yeap berkata walaupun ia satu kejutan kepada peminatnya, cinta beliau terhadap pakaian Islam telah bermula ketika di bangku sekolah lagi.




Langkah Yeap dikritik ramai Muslim dan juga bukan Islam yang mengganggap beliau "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab. Mereka berkata sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi. Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog beliau mengkritik tindakan tersebut sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk mendapat lebih populariti dan kemasyhuran. Ada juga yang meninggalkan laman media sosial beliau selepas itu.

Yeap, yang masih menerima jemputan untuk hadir dalam acara Playboy dan majlis di seluruh dunia walaupun telah bersara sebagai Bunny pada 2010, mempertahankan tindakannya itu.

Beliau berkata, walaupun ada umat Islam mengkritik, kebanyakan komen negatif datang daripada bukan Islam.

Dalam temu bual, Yeap yang belum berkahwin, kelihatan anggun dan cantik memakai tudung berwarna merah jambu. Katanya beliau sangat suka dengan baju kurung dan pakaian tradisi masyarakat Melayu-Islam."

Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya.

"Ia tudung berwarna biru dan saya jatuh cinta terus dengannya. Kemudian, saya mempunyai satu lagi peluang mengenakan tudung apabila menjadi model untuk sebuah butik Islam dalam pertunjukan fesyen semasa Hari Raya," katanya. Yeap, yang juga bekas guru tadika, memulakan kerjaya dalam pemodelan pada tahun 2005 apabila dia memasuki pertandingan Dewi Remaja yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan dan menjadi salah seorang finalis ketika itu.

Beliau kemudiannya menyertai banyak pertandingan ratu cantik lain dan di puncak kerjayanya telah dijemput untuk menjadi Playboy Bunny dan bekerja di sebuah kelab di Macau.Tetapi kerjayanya di kelab itu hanya bertahan sebulan apabila Yeap membuat keputusan untuk pulang ke tanahair bagi meneruskan kerjaya sebagai model. 

"Memang saya tidak pernah berniat untuk bekerja di sana untuk suatu tempoh yang lama. Ya, ia menyeronokkan dan saya belajar banyak perkara tetapi permodelan adalah cita-cita saya bukan bekerja di kelab itu," kata Yeap.

read more...

BLACK HAWK DOWN : Akhirnya Amerika Akui Selepas 20 Tahun!!!




PORT DICKSON — Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan dan sumbangan tentera pengaman Malaysia yang terbabit dalam misi menyelamatkan anggota tentera kuasa besar dunia itu di Mogadishu, Somalia pada 3 Okt 1993.

Penghargaan dan ucapan terima kasih itu diutarakan oleh Pemangku Penolong Setiausaha Negara bagi Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly hari ini setelah lebih 20 tahun kejadian itu berlaku.

Katanya, tentera pengaman Malaysia yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia ketika itu telah membuktikan keberanian dan kehebatan mereka dalam menjalankan tugas.

“Dalam operasi keamanan global, kami sentiasa mengagumi peranan pasukan pengaman Malaysia, dan kami juga mendapat manfaat daripada keberanian dan keperwiraan anggota pasukan pengaman Malaysia.

“Dan seorang anggota pengaman Malaysia terkorban dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika di Mogadishu, 20 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pengiktirafan ‘Full Training Capability’ dan pelancaran pelan induk Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini hari ini.

Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.




Dalam kejadian 20 tahun lalu, sekumpulan askar AS terperangkap di kawasan musuh iaitu tentera militan Somalia selepas dua helikopter Black Hawk mereka ditembak jatuh di bandar Mogadishu.

Pasukan pengaman Malaysia bersama pasukan pengaman Pakistan dan AS yang menyertai operasi UNOSOM II di bawah PBB kemudian ditugaskan menyelamatkan kumpulan askar terbabit.

Operasi menyelamat tersebut akhirnya berjaya bagaimanapun seorang tentera pengaman Malaysia terbunuh sementara lapan lagi mengalami kecederaan.

Biar pun sudah 20 tahun berlalu, tiada penghargaan rasmi diberikan oleh pihak AS terhadap pasukan pengaman Malaysia yang telah menyelamatkan tentera mereka dan langsung ‘dilupakan’ dalam sebarang babak dalam filem ‘Black Hawk Down’ arahan pengarah Ridley Scott pada 2001 yang kononnya memaparkan kisah benar kejadian itu.

Kelly berkata, pasukan pengaman Malaysia kini sudah menerajui di peringkat rantau ini dan global dan dengan kewujudan Pusat Latihan Pengaman Malaysia, di sini membuktikan Malaysia mempunyai pasukan pengaman yang terbaik.

“Saya fikir semua rakyat Malaysia harus berbangga dengan apa yang telah dicapai pasukan pertahanan Malaysia,” katanya. - BERNAMA
read more...

KANTOI!! Pegawai JPJ Disiasat Kes Babitkan RM2.6 JUTA




Seorang kakitangan wanita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 11 individu yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes curi 26 jentera berat di lima negeri membabitkan nilai RM2.6 juta sejak awal tahun lalu.

Wanita berusia 56 tahun itu ditahan semalam bersama dua orang tengah atau ‘runner’ bagi membantu siasatan kes curi jengkaut dan jentera pengorek yang dilaporkan hilang di Pahang, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Perak.

Difahamkan, sindiket terbabit mencuri jentera berat itu di lokasi tertentu dan dipercayai melarikannya menggunakan treler sebelum menjual semula kepada pembeli selepas memadam nombor casis kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Pahang Datuk Shariffudin Abdul Ghani berkata, sindiket itu berjaya dilumpuhkan menerusi Op Cantas Lejang hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh

“Hasil serbuan di beberapa lokasi di negeri ini, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor, polis menahan lima individu berusia antara 30 dan 55 tahun selain menemui 26 jentera berat iaitu 23 jengkaut jenis Case, dua jengkaut jenis JCB dan sebuah jentera pengorek dianggarkan bernilai RM2.6 juta.

“Siasatan lanjut mendapati sebahagian jentera itu dilaporkan dicuri di negeri ini sebelum dijual di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur dengan nombor casis dipadamkan,” katanya pada sidang media di Temerloh, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh.

Shariffudin berkata, dengan tertangkap lima suspek itu, polis seterusnya mengesan satu sindiket mengeluarkan dokumen kenderaan palsu seperti geran dan cukai jalan dengan penangkapan tiga lelaki di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

“Susulan itu, pagi ini (semalam), polis menangkap tiga lagi suspek termasuk seorang kakitangan JPJ Wangsa Maju dan dua orang tengah berusia 30 tahun bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya 11 suspek itu, polis menyelesaikan 26 kes kecurian jentera berat dilaporkan iaitu dua di Pahang, Selangor (sembilan), Johor (lima), Kuala Lumpur (tiga) dan Perak (satu) manakala baki enam jentera lagi tidak dapat dikesan.


read more...

PENDARATAN CEMAS!!! Penerbangan Air Asia Ke P. Pinang Mendarat Di Kuching





KUCHING: Pesawat Air Asia dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang terpaksa membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpang wanita warga emas tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas tiga kali pengsan sejak pesawat berlepas kira-kira jam 1.30 petang. 

Penumpang, Annie Dunlop, 71, dari Sandakan dipercayai pergi ke Pulau Pinang untuk menjalani rawatan penyakit hati yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Pauzi Bujang berkata, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3 petang dan pasukan perubatan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

read more...

TRAGEDI!!! Bas REDAH Rumah Kedai Di PUDU





Malang tidak berbau.... 3 dilaporkan cedera apabila sebuah bas hilang kawalan lalu merempuh lot kedai di Jalan Pudu petang tadi.

Menurut saksi, bas Rapid KL itu sedang bergerak apabila tiba-tiba hilang kawalan dipercayai kerana jalan yang licin akibat hujan lebat. Bagaimanapun, mereka yang tercedera hanya mengalami kecederaan ringan.
read more...

MENGAMUK!!! Apa Kena Dengan Penjaga Pusat Letak Kereta Ni?





Pulau Pinang - Belum sempat Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tamat ada pula isu baru dibangkitkan di perkarangan tempat Sidang DUN berlanggsung ada sekumpulan penjaga tempat letak kereta mengamuk.

Isunya, sekumpulan penjaga tempat letak kereta ini tidak berpuas hati dengan sistem baru meletakkan kenderaan yang dilaksanakan oleh kerajaan DAP.

Kebanyakan pengusaha tempat letak kenderaan marah kerana sistem baru yang diperkenalkan. ini kerana di lihat lebih kepada menjaga kroni puak-puak DAPyang kini kian jelas menekan penggusaha tempat letak kereta yang rata-ratanya telah lama berkecimpung di dalam perniagaan tersebut.

Di lampirkan satu laporan yang telah dibuat kepada pihak SPRM kerana tidak ada sebarang tender terbuka yang dibuat kepada mana-mana pihak pengusaha tempat letak kereta. Malah ianya di lihat lebih mengkayakan kroni-kroni DAP yang menyokong pentadbiran Lim Guan Eng.




Jika kaum sebangsanya pun Kerajaan DAP sanggup tolak ketepi apatah lagi bangsa lain yang tidak menyokong pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang khususnya Orang-orang Melayu sememangnya DAP akan terus-terusan menindas Orang Melayu.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top