Nuffnang

SURVIVAL : Ibu Tunggal Bina Rumah Rakit Hadapi Banjir


JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.





Hanisah berdiri di hadapan rumah rakit miliknya melihat keadaan banjir yang berlaku di Kampung Paya Garuk, di sini.


Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir.

“Saya juga jadikan rumah rakit ini sebagai tempat perlindungan kerana rumah saya dinaiki air,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, walaupun ibu tunggal itu menjadikan rumah rakit itu sebagai tempat perlindungan tetapi dia perlu juga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurutnya, ini kerana ia melibatkan keselamatan selain perlu mendapatkan bantuan banjir yang disediakan kerajaan.

- Sinar Harian
read more...

TERKINI!!! Syabas PDRM - DUA LELAKI SUSPEK KES TEMBAK DI NIBONG TEBAL DITAHAN




Nibong Tebal, 7 Dis - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki mati ditembak ketika sedang berjalan seorang diri tidak jauh dari rumahnya di Taman Puteri Gunung, Tasek Mutiara di sini malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki masing-masing berusia 21 dan 35 tahun itu ditahan awal pagi ini beberapa jam selepas kejadian tembakan yang berlaku pukul 9 malam itu.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis berjaya menjejak dan menahan dua lelaki itu di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian di Tasek Mutiara.

"Selain itu, polis turut menemui sebuah kereta jenis Perodua Myvi hitam yang terbakar dipercayai digunakan mereka ketika menembak mangsa kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata siasatan juga mendapati kereta itu dicuri dalam kejadian di Seberang Jaya, dekat sini pada Isnin lepas.
Mazlan berkata polis percaya kes itu berjaya diselesaikan dengan tertangkap dua lelaki berkenaan, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan. 

Katanya dua lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian itu, mangsa M. Parttippan, 29, dihampiri sebuah Perodua Myvi warna hitam dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan.

Satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Parttippan dan mangsa yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum ini, Parttippan pernah ditembak lima bulan lepas dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan. - BERNAMA
read more...

TEMBAK MATI!!! Jadi Sasaran Gengster Selepas Terselamat 5 Bulan Lalu!!

Seorang lelaki mati ditembak ketika sedang berjalan seorang diri tidak jauh dari rumahnya di Taman Puteri Gunong, Tasek Mutiara di sini malam tadi. 

Sebelum ini, M.Parttippan, 29, pernah ditembak lima bulan lepas dipercayai oleh suspek yang sama tetapi hanya mengalami kecederaan. 





Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pada 9 malam itu, mangsa dihampiri sebuah Perodua Myvi hitam dinaiki dua lelaki yang kemudiannya melepaskan enam das tembakan.

Satu daripada tembakan itu mengenai rusuk Parttippan dan mangsa yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya ketika ditemui di tempat kejadian lewat malam tadi.

Beliau berkata polis menemui enam kelongsong peluru di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati suspek yang sama menembak mangsa ketika kejadian pertama lima bulan lepas.

"Polis sudah mengenal pasti identiti suspek terbabit iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dan usaha mengesannya sedang dijalankan. Berdasarkan maklumat yang diterima, suspek juga didapati tinggal di kawasan sekitar ini," kata Mazlan.

Polis, katanya, tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu bermotifkan dadah dan balas dendam. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat. Berdasarkan rekod kita, mangsa mempunyai empat rekod jenayah termasuk satu kes berkaitan dadah," katanya.


Beliau berkata suspek dipercayai menggunakan pistol jenis semi automatic ketika menembak mangsanya.


Dalam kejadian pada 20 Jun lalu, Parttipan cedera selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian kira-kira 200 meter dari tempat kejadian malam tadi. Bagaimanapun, mangsa yang masih bujang itu terselamat walaupun peluru menembusi badannya. - BERNAMA
read more...

TAHNIAH!!! Pelajar UiTM Sabah Dilantik Duta Google




Kesungguhan dan minat seorang mahasiswa Malaysia melayari internet dan belajar sesuatu teknologi baharu akhirnya membuahkan hasil apabila dia dipilih sebagai Duta Google bagi Asia Tenggara.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah, Muhd. Ekram Mahat, 22, tidak menyangka video tentang biodata dirinya selama empat minit itu berjaya menarik minat pihak pengurusan Google Asia Tenggara, sekali gus melantiknya sebagai duta.

Jelas anak bongsu daripada enam beradik itu, dia diberitahu tentang pertandingan video itu oleh seorang rakannya sebelum mengambil keputusan menyertainya.

''Saya bersyukur dalam ribuan peserta dari lapan negara di Asia Tenggara yang menyertai pertandingan itu, saya antara 136 individu terpilih sebagai duta sebuah syarikat carian terbesar di dunia. 

''Saya juga berbangga termasuk dalam kalangan 15 individu dari Malaysia yang terpilih sebagai duta dan merupakan wakil tunggal dari Sabah," katanya ketika ditemui dalam program sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2013 di UiTM, di sini hari ini.

Menceritakan lebih lanjut, Muhd. Ekram memberitahu, video yang dihantar bagi menyertai pertandingan itu berkisar tentang dirinya dan tanggungjawab yang akan dilakukan sekiranya dilantik sebagai duta.

Selaku Duta Google, anak kelahiran Kampung Berungis, Tuaran itu menjelaskan, tanggungjawab yang digalasnya semakin berat.

Namun, Muhd. Ekram optimis dapat memikul tanggungjawab itu dan akan memastikan pelantikannya sebagai duta benar-benar berbaloi.

''Buat masa ini, saya akan mempromosikan produk Google kepada rakan-rakan dan orang kampung, selain memberi mereka pendedahan bahawa teknologi kini berada di hujung jari.

''Selain itu, pelantikan ini juga memberi ruang dari segi kerjasama antara pihak Google dengan UiTM terutama cawangan Sabah untuk menjalankan aktiviti berkaitan teknologi," katanya.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan itu berkata, pada bulan Jun lalu, dia dan beberapa wakil duta dari Malaysia menghadiri seminar tentang perkhidmatan dan produk Google di Yogjakarta, Indonesia.

Sementara itu, Rektor UiTM cawangan Sabah, Datuk Dr. Abdul Kadir Rosline berkata, kejayaan Muhd. Ekram itu satu pencapaian yang membanggakan pihaknya, sekali gus menjadi contoh kepada mahasiswa lain.

Katanya, penyertaan Muhd. Ekram itu adalah inisiatif dia sendiri dan ini menunjukkan semangat kesukarelawan dalam diri mahasiswa sangat tinggi.

UtusanMalaysia
read more...

JANA Pendapatan Guna Media Sosial #LifeStyle





KUALA LUMPUR - Menyedari kelebihan menguasai media sosial, Puteri Umno akan mengambil pendekatan lebih agresif untuk meningkatkan kemahiran masyarakat untuk menggunakannya sebagai platform menjana kegiatan ekonomi dan pendapatan.

Pengerusi Biro Media Sosial dan Digital Puteri Umno, Mimie Harianie Alias berkata, pergerakan itu akan memberi sokongan dan bantuan kepada rakyat terutamanya wanita muda untuk berjaya dalam perniagaan dalam talian.

Bagi tujuan itu, Puteri Umno akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan keusahawanan bagi mendapatkan bantuan, khidmat nasihat dan sokongan yang diperlukan.

"Galakan itu merangkumi bimbingan keusahawanan termasuk menajamkan kepakaran, memberi nasihat selain mendapatkan pinjaman kewangan untuk perniagaan, misalnya dari Tekun.

"Kita mahu Puteri bukan hanya aktif berpolitik tetapi juga cekap menggunakan teknologi terkini untuk menambah pendapatan dan pada masa sama kita perlu guna saluran media baharu ini bagi menarik pengundi muda untuk menyokong Umno dan Barisan,,katanya lagi.

Selain dapat mengurangkan penggangguran, Mimie Harianie berkata langkah itu boleh membantu wanita muda berdikari dan berdaya saing serta dapat membantu mengembangkan perniagaan.

Puteri Umno juga bercadang mengadakan latihan dan bimbingan kepada para anggotanya bagi memastikan mereka mahir menggunakan laman sosial dan aplikasi terkini serta tidak ketinggalan dalam kepesatan perkembangan teknologi maklumat.

"Kita mendapati masih ramai ahli yang tidak mempunyai akaun laman sosial seperti Twitter... ini merugikan kerana Twitter mempunyai capaian yang pantas dan mudah di mana apabila kita kemas kini atau 'retweet' sebarang maklumat, ia akan dapat dibaca oleh 'followers' dalam masa yang singkat.

"Kita juga mahu mengadakan latihan penyampaian agar ahli bijak untuk berhujah dalam menyerang balas serangan siber kerana kita dapati ada yang tidak pandai untuk menyerang balik dan memerlukan bantuan untuk menjawab tuduhan," katanya.

Dengan keanggotaan berjumlah 368,481 orang, Puteri Umno boleh membantu mengikis persepsi negatif orang ramai terhadap parti dengan menonjolkan kebenaran dan tindakan yang dilaksanakan kerajaan dengan cara merapatkan diri dengan orang ramai melalui media sosial, kata Mimie Harianie. - Bernama
read more...

SUBHANALLAH!! Video Juruteknik Filipina Buat Ujian PA Sistem Masjid!!


KETIKA dia masuk ke dalam sebuah masjid di Arab Saudi, lelaki ini kelihatan seperti ‘biasa-biasa’ saja.

Lelaki warga Filipina ini seorang juruteknik yang ditugaskan untuk memasang dan menguji sistem pembesar suara di masjid tersebut.



Tetapi siapa sangka sewaktu dia hendak menguji sistem audio di masjid berkenaan, lelaki tu telah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan begitu syahdu sekali.

Dia membaca Surah Yusuf- ayat 12 yang bermaksud;


” Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an) yang nyata (dari Allah). Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Qur’an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya. “


Betullah kata orang, jangan nilai buku dari kulitnya.

Subahanallah…




Mynewshub

read more...

CURI WANG MASJID : Remaja Dibelasah Sampai Mati!!!


Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap.





Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.

“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.

Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.

Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- SUMBER
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top