Nuffnang

NGERI!!! Gambar-Gambar Kemalangan Pelakon Fast & Furios!!


Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.

Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.





Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.



Kereta yang dinaiki Paul Walker hangus terbakar selepas terlibat kemalangan.



Paul Walker meninggal ada usia 40 tahun.


Bersama crew filem Fast & Furious.



Laman twitter turut memberitahu peminat Paul Walker tentang kematian akibat kemalangan tragik.


Admin Facebook Paul Walker mengesahkan kematian pelakon itu.


Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.


Bomba memadam kebakaran dari kereta itu.






Keadaan kereta Paul Walker sebelum kemalangan.


Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.

Kami difahamkan penggambaran filem Fast and Furious 7 masih belum selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabakan pertukaran jalan cerita. We will miss you Brian O’Connor. Keep on speeding on the other side.-rk
read more...

KUCING KURAP!!! Jeff Oii Akhirnya JILAT KURAP Karpal Singh!!!


Akhirnya Suara Rakyat Didengar!!!

Beberapa hari lalu Jeff Oii mempertahankan gelaran "KUCING KURAP" yang dilemparkannya kepada pegawai-pegawai MPPP yang menemuinya untuk menyelesaikan beberapa perkara walaupun selepas menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng.




Namun, selepas menemui Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi telah dinasihatkan supaya meminta maaf kepada semua kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berikutan ketelanjurannya menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan itu kucing kurap.

Karpal berkata, semua kakitangan dan pegawai MPPP sama ada berpangkat rendah atau tinggi perlu dihormati.

Menurutnya, tindakan Jeff Ooi itu keterlaluan dan menghina penjawat awam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013, hari ini.




Dan hari ini Jeff Oii telah dengan RASMINYA Menjilat Ludah serta KURAP di badan Karpal untuk meminta maaf secara terbuka kepada pegawai-pegawai MPPP tersebut.




Adakah maruah dan intergriti pegawai MPPP semurah ini selepas DIHINA dan diherdik sedemikian oleh seorang Ahli Parlimen seperti Jeff Oii yang partinya mengutamakan SUaRA RAKYAT?
read more...

RAKYAT BANGKIT!!! Peniaga BERDEMO - ADUN Lari Pintu Belakang!!!




Kecoh apabila lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada peniaga pasar malam Taman Bukit Panchor menunjuk perasaan dihadapan pejabat ADUN Jawi (DAP), Nibong Tebal, Pulau Pinang kerana tidak puas hati terhadap ADUN Jawi kerana tidak membenarkan berniaga dan menutup tapak pasar malam tersebut.




Peniaga Pasar Malam merasakan kekesalan terhadap Adun Jawi yang tidak ambil peduli masalah mereka. Beberapa persoalan yang di timbulkan antaranya :

1. Mana hak kami sebagai Peniaga Pasar Malam.
2. Mana YB semasa kami susah.
3. Kawasan Peniaga Pasar Malam, mana kami nak berniaga?
4. Tolonglah ! Selesaikan masalah kami.
5. Bela hak kami Peniaga Pasar Malam.



Soon Lip Chee (ADUN Jawi)




Dalam pada itu, arahan dibuat kepada pihak MPSP untuk mengambil tindakan jika sesiapa berniaga disekitar kawasan tersebut. Selain itu bantahan tersebut diadakan bertujuan untuk peniaga bersemuka dengan ADUN Jawi bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan.




Bantahan tersebut diketuai oleh Ahmad Zaini Abdullah bagi mewakili peniaga Pasar Malam Taman Bukit Panchor.

Kemelut itu bermula apabila peniaga pasar malam Taman Bukit Panchor diarahkan oleh pihak pemaju Bukit Panchor Development Sdn Bhd untuk menghentikan operasi berniaga pasar malam bagi memberi laluan kepada pembangunan membina 20 unit rumah kedai ditapak pasar malam tersebut.

Setelah kawasan tersebut ditutup, para perniaga terpaksa berniaga ditepi jalan berhampiran dengan tapak lama tanpa sebarang kelulusan.

Oleh kerana tapak baru tidak mendapat sebarang kelulusan dari pihak berkuasa tempatan tindakan telah diambil kepada peniaga terlibat.

Berikutan kejadian itu, seramai 61 peniaga tidak dapat berniaga selama 6 bulan di kawasan tersebut hingga mengalami kerugian sebanyak RM400 hingga ke RM500 selain hilang punca pendapatan.


MTMR merasa sedih dengan kemelut yang di alami Peniaga Pasar Malam Dun Jawi. Nampaknya sebagai YB tidak perihatin dan tidak merasai kesengsaraan rakyat yang punca pendapatannya dengan hasil berniaga Pasar Malam.

Bayangkanlah sekiranya ketika itu rumah perlu di bayar, segala bil Api, bil Air kereta. Yang lebih perit sekiranya untuk makan atau susu anak kehabisan. Siapakah yang memikirkan masaalah mereka ini? Jangan setakat jawatan sahaja tinggi tetapi rakyat di abaikan. - SUMBER
read more...

OPS CANTAS KHAS : Anggota PDRM Dilibas Parang!!!


KLANG - Seorang inspektor polis cedera di lengan selepas terkena libasan parang ketika membuat serbuan Ops Cantas Khas Narkotik di sebuah rumah di Jalan Telok Gong, Kampung Nelayan, di sini, malam kelmarin.



Pegawai polis cedera di siku kanan selepas dilibas dengan parang oleh seorang lelaki dalam Ops Cantas Khas Narkotik di Klang, semalam. - Foto: Ihsan facebook Polis 


Menurut sumber, pada awal ketika mangsa dan sepasukan anggotanya tiba di depan rumah terbabit kira-kira jam 11.50 malam seorang lelaki keluar, dalam keadaan mencurigakan.

Mangsa berusia 28 tahun terus keluar dari kenderaan untuk membuat pemeriksaan, sebelum dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki.

"Lelaki itu melibas objek dipercayai senjata tajam ke arah mangsa menyebabkan siku kanan mangsa cedera.

"Lelaki berusia 20-an itu kemudian melarikan diri dan belum dapat dikesan," katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa cedera ringan dan menerima tujuh jahitan di siku kanan.

Sumber itu berkata, berikutan kejadian itu, polis menyerbu rumah tersebut dan menahan seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.

"Satu paket dadah dipercayai heroin, ditemui dalam bilik rumah itu," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
read more...

VIDEO : SAYA AHLI PAS!!! Pendedahan Mengejutkan Ustaz Kazim Elias!!




Allahu Akhbar!!!

Luangkanlah sedikit masa anda untuk mengikuti pendedahan yang boleh "MENGUBAH" tanggapan kita kepada UKE, HUDUD, PAS dan ISLAM....



Fikir-Fikirkanlah......

read more...

HASUTAN!!! Amaran KPN Kepada Wartawan Freemalaysiatoday.com


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.




Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk ’One Ideology, Two Reactions’, dalam portal berita itu semalam yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia - abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.

"Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya.

"(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat laman web kamu. Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini.

Khalid kecewa kerana kolumnis itu tidak dapat membezakan tahap kesalahan yang dilakukan Siti Aishah dan Chin Peng.

"Orang yang tak ada pelajaran pun faham kenapa kerajaan membenarkan Siti Aishah pulang ke tanah air dan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik. Ini bukan kerana seorang Melayu dan seorang lagi Cina.

"Chin Peng terlibat dengan perjuangan bersenjata, manakala Siti Aishah hanya menganut ideologi berhaluan kiri. Beritahu saya berapa ramai orang yang telah dibunuhnya (Siti Aishah)?” tanya beliau. 



read more...

CULIK : PDRM Jamin Keselamatan Warga Taiwan


“Kami beri jaminan yang mangsa berada dalam keadaan selamat. Kami juga membantu keluarganya tatkala kami berusaha membebaskannya dengan kerjasama pihak berkuasa negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini Sabtu.




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes sedang diuruskan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina.

Menurut Khalid, pasukan keselamatan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang mengkaji semula langkah-langkah keselamatan susulan insiden itu yang turut meragut nyawa seorang lagi pelancong warga Taiwan.

Beliau berkata, polis juga meningkatkan aktiviti kepolisian komuniti di pulau-pulau dan telah meminta pengusaha resort di pulau-pulau memberikan kerjasama penuh kepada anggota keselamatan.

Dalam kejadian pukul 1 pagi 15 November lepas, pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

- BERNAMA
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top